Salam semua,
maaf sebab dh lama tidak mengupdate blog saya,
sebab my new home xde kemudahan internet jadi,
kuranglah nak mengonline nye,hehe jadi insyaAllah,
dalam waktu2 yang akan datang,lebih banyak entry,
yang akan saya cuba masuk kan. dan tima kasih pada,
anda yang x jemu2 mengunjungi blog saya.

Aslkm.

sekadar renungan bersama....


Hai,salam kembali
knape eh gambar diatas nie menunjukan angka 12,
dan apekah motif atau tujuan yang saya cuba sampaikan
sebenarnya baru terdapat satu info tentang agama yg
ingin cuba saya kongsikan bersama2 dengan pengunjung
dan juga pencipta blog,untuk renungan kita bersama.

Saya baru membelek2 info tersebut dan saya rasa
info ini mungkin kita boleh buat renungan bersama.
dan info tersebut bertajuk "12 barisan yg menuju ke Akhirat"
dan senarai ini akan saya serta kan seperti dibawah.

BARISAN PERTAMA.
Diiringi dari kubur tidak berTANGAN juga KAKI,keadaan
ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T.
dan barisan ini adalah"Mereka yang menyakiti hati jiran
sewaktu hidup mereka,mereka yang sombong serta tidak
berbuat baik pada jiran tertangga akan mendapat khinaan
didunia mahupun akhirat.

BARISAN KEDUA
Diiringi dari kubur dalam BENTUK BABI HUTAN,datang
seruan Allah,"Mereka orang2 yang meringankan solat
sewaktu hidup,sesungguhnya orang yang memelihara
solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya
mereka yg mengabaikan waktu dia mati,mayatnya akan
dihimpit oleh liang lahad sehingga berselisih tulang rusuk"
Rasulullah s.a.w bersabda"sesungguhnya seseorg hamba
apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua
dosanya diatas kepala&kedua2 bahunya,maka setiap kali
dia rukuk atau sujud,berjatuhanlah dosa-dosa itu.

BARISAN KETIGA
Diiringi dari kubur dengan bentuk KELDAI&PERUT PENUH
ULAR DAN KALA JENGKING,"mereka adalah orang yang
enggan membayar zakat ketika hidupnya,walaupun pada
ketika itu mereka tergolong dalam orang yang berkemampuan
Inilah balasannya& tempat kembali adalah neraka.

BARISAN KEEMPAT
Diiringi dengan keadaan DARAH MEMANCUT KELUAR DARI
MULUT."mereka adalah golongan orang yang suka berdusta
ketika berjual beli,berniagalah dengan jujur dan amanah agar
hasil yang diperoleh datang dari sumber yg Halal.

BARISAN KELIMA
Diiringi dari kubur dalam keadaan BERBAU BUSUK SEPERTI
BANGKAI,ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau
busuk itu menganggu kententeraman padang mahsyar..,"
mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan
derhaka,takut kepada manusia tetapi tidak pula takut kpda
Allah S.W.T,inilah balasan nya dan tmpat juga adalah neraka.

BARISAN KEENAM
Diiringi dari kubur dengan keadaan KEPALA TERPUTUS DARI
BADAN,mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

BARISAN KETUJUH
Diiringi dari kubur tanpa LIDAH tetapi mengalir DARAH&NANAH
dari mulut mereka,Mereka ini adalah orang yang enggan memberi
kesaksian kebenaran.

BARISAN KELAPAN
Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik,KEPALA KEBAWAH
dan KAKI DIATAS,mereka ini adalah orang yg melakukan zina,
tempat mereka juga adalah di Neraka.Sabda Rasulullah,
"tiada bersunyi2an antara lelaki&wanita, melainkan wujudnya
syaitan antara orang ketiga diantara mereka.

BARISAN KESEMBILAN
Diiringi dari kubur dalam keadaan TUBUH BERPENYAKIT SOPAK
dan DIPENUHI KUSTA,mereka ini adalah golongan yang derhaka
kepada IBU BAPA sewaktu hidupnya.

BARISAN KESEPULUH
Diiringi dari kubur dengan BERWAJAH HITAM&BERMATA BIRU
sementara dalam diri mereka dipenuhi dengan API GEMURUH
mereka adalah golongan yang memakan harta anak yatim dgn
cara yang tidak sepatutnya.

BARISAN KESEBELAS
Diiringi dari kubur dalam keadaan BUTA,GIGI PANJANG SEPERTI
TANDUK LEMBU JANTAN,BIBIR TERJUIH hingga KE DADA&LIDAH
TERJULUR hingga KE PERUT serta keluar segala kotoran yang
menjijikan,mereka ini adalah golongan orang yang meminum
arak semasa hidupnya.

BARISAN KEDUA BELAS
Diiringi dari kubur dengan WAJAH BERSINAR2 seperti BULAN
PURNAMA,mereka melalui titian siratulmustaqim seperti kilat
datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa
hidupnya adalah orang yang beramal soleh&melakukan kebaikan
mereka juga menjauhi perbuatan durhaka,memelihara solat 5waktu
&meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat. Inilah balasan
mereka & tempat kembali mereka adalah syurga,beroleh keampunan
kasih sayang,dan keredhaan Allah S.W.T."

jadi sama2lah renungkan kembali walaupun kita sudah
mengetahuinya,kadangkala kita lupa tentang perkara2 sebegini
dan info yang saya catat kembali adalah untuk ingatan semula
dan juga renungan bersama,salam pada anda semua.

kebosanan melanda..

Salam semua,
adoi,ari nie memg betul2 tak tahu nak update apepn
hurm,ccoz tngah tercari2,bahan yg hendak diisi dlm
blog saya kali nie,hurm bosan2 btul ari nie,nak mlayan
karenah kucing saya lagi yang terkinja2 nie ha..
nakal betul si Bony nie,kalo ikutkan hati nak jer campak
die dari atas keBawah tapi sebab comel,kesian pulak ;)
lagipun waktu nie keadaan kat luar tengah hujan sangat
lebat,jadi kesejukan yang teramat sangat pun ader huhu,

Lepas tue tahu2 jelah kan,kalo dh hujan nie memg
rase cam nak tido pun ader,adoi,memang bosan ok
hurm,esok ader taklimat untuk cuba hidup baru
xtahu lah kan,tengok lah cam ne nak terima atau
tak..lagipun kerjaya tue perlu usaha yang sangat keras
kalo tak tabah,hurm..ntahla tak tahu nak cakap.
mungkin kejap2 lagi kot akan tercetus idea yang
pasti boleh dikongsi bersama2 dengan pengunjung2
yang sangat dihormati.jadi perisian saya nie xde
benda pun,cuma rase macam nak cakap sorang2.
apapepun,salam pada anda semua.

10 Tips kesihatan dan kecergasan cara KEVIN ZAHRI


Haha,saya berminat juga dalam menjaga kesihatan
badan jadi saya ingin berkongsi sedikit info yang saya
dapat dari blog Kevin Zahri dimana dapat juga saya
berkongsi pada anda yang tidak sempat untuk ke laman
beliau.so mari kita sama2 baca 10+1 tips dibawah yg
dikongsi bersama untuk kebaikan kita semua.

1.Anda berasa bahagia dengan diri anda. Anda berasa,
lebih gembira dan boleh fokus tentang aspek2 lain,
dalam kehidupan anda.

2.Perhubungan anda akan bertambah baik, manusia
suka berada dikalangan mereka yang Positif.sekiranya
anda bahagia,orang lain juga begitu.

3.Kecergasan memberikan anda keyakinan.Contohnya
Pergi mensyuarat mengetahui anda cergas dan sihat
memberikan kelebihan kepada diri anda.

4.Kepada ibu yang baru bersalin,menjaga kecergasan
dan kesihatan akan mengembalikan bentuk tubuh
badan anda.

5.Senaman yang berterusan biasanya mengurangkan
penyakit Kardiovaskular,beberapa jenis penyakit
kanser,tekanan darah tinggi,kencing manis,osteoporosis
dan juga penyakit murung.

6.Melegakan tekanan!bagi mereka yang bekerja kuat
sering menghadapi tekanan dan murung,bersenam
dan berpeluh juga boleh membantu melegakan tekanan
dan kemurungan yang dialami.

7.Mengurangkan risiko kecederaan, apabila tulang
dan otot anda kuat,risiko untuk mendapat kecederaan
adalah rendah.

8.Apabila anda sihat dan cergas, anda sentiasa ber
-keyakinan melenyapkan perasaan malu.

9.Tubuh yang sihat dan cergas juga mempengaruhi
keupayaan seks anda,anda akan kelihatan hebat
dan penuh dengan stamina. ;)

10.Kepada sesiapa yang menggunakan 2000 kalori
seminggu,jangka hayat anda akan meningkat 2 tahun

11.Anda kelihatan lebih muda,kerana senaman akan
mengurangkan kehilangan sistem antioksidan yang
melawan radikal bebas dalam tubuh kita. :)

jadi apa lagi anda tunggu,amalkan gaya hidup
yang lebih sihat,mungkin anda akan jadi individu
yang paling cergas dan sihat selepas membaca tips
yang berguna oleh Kevin Zahri.selamat mengamal..!

Moga YASMIN AHMAD selamat.


Salam semua,
kita dikejutkan dengan khabar bahawa seorang
pengarah berkaliber tanah air iaitu YASMIN AHMAD
telah dimasukan ke ICU akibat dari sereangan angin
ahmar atau "STROK",menurut berita jam 8mlm pada
25hb julai,sabtu beliau dikatakan dalam keadaan smakin
kritikal.dan kini bergantung sepenuhnya pada bantuan
alat pernafasan..jadi sama2 kita doakan beliau,moga beliau
cepat sembuh,insyaAllah...

p/s
Baru lewat malam sedikit saya menonton berita bahawa
Yasmin Ahmad baru sahaja menghembuskan nafas terakhir,
sedih lepas nie xdapat tngok filem2 die yang menarik.
apapepun sama2 kia sedekah Al-Fatiha kepada beliau,
moga roh beliau dicucuri rahmat..amin.

Tips Berdepan dengan org PANAS BARAN



Salam semua,
hurm nie tips untuk bdepan dengan orang yg
Panas Baran,macam2 orang kita jumpa tapi
kita tak sure untuk mengetahui yang mane kwn2
kita yang panas baran nie jadi kat sini ade tips
untuk berdepan dengan insan2 yang panas baran
nie....

1.MENDIAMKAN DIRI
Lebih baik mendiamkan diri ketika si DIA sedang marah
Tidak perlulah menjawab atau cuba menjelaskan sesuatu
Orang yang tengah marah biasanya jarang mahu mndngar
apa yang ingin cuba kita katakan.

2.KENAL PASTI PUNCA
Sebaiknya apabila si DIA marah kenal pasti punca-punca
Yang menimbulkan kemarahannya. Kamu seharusnya tahu
apa yang si DIA paling tidak suka dan apa yang akan buatkan
dia meradang. kemudian dimasa2 akan datang elakkan dari
melakukan kesilapan yang tidak disukainya.

3.MENEGUR DENGAN LEMBUT
Jika hendak menegur perlakuannya yang tidak kamu senangi
gunakan car yang lembut dan penuh hikmah agar kemarahannya
tidak berpanjangan. Jika kamu bijak gunakan "REVERSE PSCHYOLOGY"

4.TIDAK PERLU DILAYAN
Sebaiknya jangan dilayan sangat kemarahan nya. Maksudnya
jangan melawan dan jangan juga cuba memujuk. Endahkan
sahaja apa yang dikatakannya kerana jika tidak si Dia pasti
tidak akan berhenti memarahi kamu. Kesan nya kamu juga
kamu juga yang sakit hati nanti.





Elak Ketegangan Otot..

Salam semua,
huhu,lama benar x menupdate blog neh.hurm,
ari nie nak berkongsi mngenai satu Fakta yang
baru jer saya rujuk,hurm mngenai cara mgelakkan
ketegangan otot,hurm melalui info berkenaan yg
saya baca mualai hari nie anda semua kena jadikan
Pisang adalah makanan buah2an kegemaran anda.

Sebab nya melalui kajian yang dijalankan diluar
negara,kandungan kalium yang sangat tinggi didlm
pisang boleh membantu mengurangkan risiko seseorng
itu diserang kekejangan otot secara tetiba.
jadi,amalkan makan pisang selalu..! ;)

7 LUBANG TERDALAM DUNIA.

salam semua,
satu hari nie,saya banyak mencari maklumat yang
hendak diupdatekan,sebab nak penuhkan ruangan blog
yelah kan,sekian lama menyepi,nie la nak update puas2
tngah mencari2 jumpa satu lagi info yang mungkin sesetngah
dari kita xtahu tentang kjadian sebegini.saya baru mendapat
info tentang 7 lubang terdalam dunia,hurm,jadi jomla sama2
berkongsi membaca...

KIMBERLEY BIG HOLE-SOUTH AFRICA
Percaya atau tidak lubang ini diantara terbesar yang
pernah digali oleh manusia,aduh,biar betul tue saya
sendiri pun xpercaya akan kewujudan lubang sebesar
nie hasil dari titik peluh manusia yang kerdil dari bumi
kalo anda nak tahu lubang ini mempunyai kedalaman
sedalam 1,079 meter dan telah menghasilkan lebih dari
3 ton berlian sebelum ditutup pada tahun 1914.dashyat2..

GLORYHOLE-MONTICELLO DAM,CALIFORNIA
Yang nie pula,terletak di California ini juga adalah,
lubang ciptaan manusia,dimana fungsi lubang iini
adalah untuk ketika bendungan dalam kondisi berlebihan
dan akan dilempiaskan melalui waduk.iaitu empangan..
dengan ukuran ini mampu melempiaskan sebanyak
14,400 kubik air setiap detik..adoi..banyak tuh.

BRINGHAM CANYON MINE-UTAH
Lubang ini dibuat manusia bagi untuk pertambangan
pergerukan dimulai pada tahun 1863,dan masih lagi
terus berlangsung sampai sekarang i mean ke hari ini.
Pada saat ini ukuran lubang berkenaan adalah dengan
kedalaman 0,75 mil dan lebar 2,5 mil.urmmmm....

GREAT BLUE HOLE-BELIZE
hurm ini semula jadi,fenomena luar biasa ini dikenali
sebagai "BLUE HOLE" terletak 60 mil dari daratan belize
kalau anda nak tahu terdapat banyak blue hole tapi tidak
seperti yang menakjubkan ini.Pada permukaan diameter
lubang adalah 0,25 mil,dengan kedalaman mencapai 145m
dengan jelas nyer dapat diketahui dengan menyelam. ;)

MIMMY DIAMOND MINE-SERBIA
Banyak orang telah melihat lubang yang satu nie ha...
mereka berpendapat inilah penambangan INTAN hasil
pembuatan manusia yang paling terburuk yang pernah
ada didunia.Pada 525 meter kedalaman dan diameter
atas 1200 meter,bahkan juga telah ditetapkan larangan
diatas zon lubang kerana beberapa Helikopter pernah jatuh
kedalam lubang tersebut.

DIAVIK MINE-CANADA
Lubang luar biasa ini dapat ditemui 300km dari yellowknife
ditimur laut kanada,Lubang ini sangat besar dan berada
di daerah yang jauh sehingga memiliki bandaran dan landasan
yang cukup besar untuk menampung sebuah boeing 737
Sangat indah jika dilihat pada musim salji.

terakhir,
SINKHOLE IN GUATEMALA
Sinkhole ini disebabkan oleh ketika air atau biasanya
air hujan atau air selok kan di pompa dibumi pada skala
besar,sehingga menyebabkan perubahan tekanan dari bwah
ketidakstabilan alam ini telah menyebabkan tanah mendap
kebawah bumi,hurm dan telah myebabkan 3 kematian....
hurm,macam2 kan huhu...

apapepun harap korg dapat info ini dengan jelas tima kasih
sebab sudi luang mase untuk menyelidiki faktaa ini..
salam.;)

TENTANG CHENTA

Alahai,tak de idea ok,pun juga saje nak menyemakkan
blog gue dengan benda2 merepek kadang kala,supaya xla
korang bosan kan alik2 tengok blog gue enggak diupdate
so untuk memenuhi citarasa semua pengunjung nah amik
sedikit info tentang CHENTA..hukhuk..cinta2 makhluk bumi

Cinta,cinta,cinta...sampai bila ader cinta jawapan dia
sampai bila lah kan,sebab mestila ade cinta kalo x..abis dunia
nie..kat bawah nie ade tanda2 si dia mencintai kita..btul atau
tidak ini berdasarkan pengalaman masing2 k..

14 TANDA SI DIA MENCINTAI ANDA...sape2 la kan.

1. Dia terlalu kuat mencintai kita(of course la kan..)

2.selalu ingin berhubung dengan kita

3.Dia mengambil berat tentang kita(mak ayh pun sma)

4.Dia sanggup berkorban dan meluangkan masa utk
kita walaupun dia sesibuk mane pun(betul2....)

5.dia cemburu bila kita ada dengan insan lain.

6.Jiwa nya meronta2 dari dalam bila xdapat berjumpa.

7.Hatinya gumbira bila dapat jumpa kita ataupn besama

8.tidak menyakiti hati kita sebaliknya meyayangi kita
dan menjaga hati kita sebaik mungkin.

9.Memberi hadiah penuh kasih sayang dan IKHLAS....

10.susah berenggang dengan kita,alasan cepat rindu,
jika terpaksa berjauhan kerap menhubungi kita walau
kena topup banyak kali pun.

11.Mudah tersinggung atau merajuk andai tidak memnuhi
kehendak nyer...(ngengader k,lempang jer..)hik..

12.tidak kisah pbzaan umur(tapi xnak tua sgt k,yg tue KISah)

13.Susah nak marah kita,kecuali kalau kita tipu bohong
xjujur dan letak taik kat muka,tue memg kena bunuh.hehe
sebab taik kan..wekk.

14.Akhir skali dia xkisah ape jua kata orang tentang dia
mencintai kita,yang penting dirinya bahagia..

so,alkisah nyer,hargailah insan itu andai anda nampak,
tanda2 sedemikian,bukan senang k nak dpt owg sayang kita
,bak kata pepatah orang inggeris,
"A BIRD IN THE HAND IS BETTER THAN TWO
IN THE BUSH"
jadi hargailah yg sedia ada. ;)

2 fakta yang perlu anda tahu....

Salam semua,ape khabar..?
hari ini saya ingin berkongsi dua info iaitu fakta yang
perlu anda tahu,hurm,mungkin sesetengah nyer sudah
pun mengetahui nyer.jadi pada mereka yang dah tahu
tue kita review2 semula la ok..pada yang belum tahu 2
jom kita baca2kan untuk memenuhi minda..tima kasih.


korang penah terpikir tak mana datang nyer perkataan
O.K?gini cerita nya,ketika berlakunya peperangan sivil
zaman dahulu,apabila tentera kembali ke Markas tanpa
ada yang terkorban,mereka akan menulis "0 KILLED"
didalam laporan,yang akhirnya diringkaskan menjadi O.K
yang bermaksud semuanya berada dalam keadaan baik.
dan itulah punca wujudnya perkataan O.K.

hurm,yang nie pulak ader jugak ceritonyo,alkisahnyer
patutlah papan tanda nie FAMOUS,papan tanda nie
buat pertama kalinya dipacak pada tahun 1923
tujuan dia memacakkan papan tanda nie pada mulanya
papan iklan untuk kawasan hartanah dengan nama asal
nya "HOLLYWOODLAND". Papan tanda itu setinggi 59kaki
selebar 450 kaki dan seberat 450,000 paun..boghat bonar..


5 PERKARA YANG TIDAK PATUT ANDA LAKUKAN SEBELUM TIDUR

Hurm..PERHATIAN semua!!

lihatlah 5 perkara yang tidak patut anda buat
ketika dan sebelum tido,pastikan yer....hurm..

1.JANGAN TIDUR MEMAKAI JAM TANGAN

Ini kerana Jam tangan dapat memancarkan sedikit peringkat
radioaktif,walaupun kecil,jika anda bawa tidur sepanjang tidur
kualiti kesihatan anda akan terganggu.

2.JANGAN TIDUR DENGAN BRA(bg kaum hawa)

Opss,maaf2 yer ini untuk info anda juga,hurm,menurut sumber
dan juga kajian saintis dari US,jika anda memakai BRA selama
lebih dari 12jam,anda berisiko menghadapi kanser payudara
jadi tido dengan tidak memakainyer...

3.JANGAN TIDUR DENGAN TELEFON BIMBIT

Hurm bagi anda yang xleh nak berjauh dengan handfon cuba
amalkan bjauhan sekejap,atau pun padam kan jer,
sebab nyer,saintis telah mgesahkan bahawa ada tarikan magnetis
dan elektrik diantara telefon dan televisyen,jadi akibat dari
kedua gabungan gelombang nie,boleh mengakibatkan
kemusnahan sistem saraf RESAH.jadi biasa2 kan ler...

4.JANGAN TIDUR DENGAN MAKE UP...

Orang yang suka tidur dengan Make-Up akan mengalami
kulit yang bermasalah pada jangka masa panjang,tidur dengan
Make-Up akan mengakibatkan kulit tidak dapat bernafas dengan
baik dan kurang berpeluh,dan ambil masa yang lama
untuk tidur.ingin kulit rosak?

5.JANGAN TIDUR DGN LELAKI/ISTERI ORANG..

jeng,jeng,jeng..haha,ini memang never ever do..ya..!hurm..
tahu x knapa,sebabnye,kalau korg buat juga parah nat jadinyer..
adalah nat kes diracun,dikokyah(dibomoh)dihentak penyapu
atau piring terbang yg akan kuar tepampang
didada akhbar,dan lagi satu,kalo degil juga
kemungkinan kamu tak akan bangun2 lagi..faham sndiri k. :)

Antara keBangaan,keKaguman dan adakah ini Petanda2 kita semakin Hampir Dengan....

salam semua,

Saya baru2 nie membelek2 juga maklumat yg telah
disampaikan oleh teman istimewa Saya nie,mengenai
kisah negara Islam yg kaya nie mahu mencipta lagi
Bangunan tertinggi didunia,hurm xcukup2 lagi ker
dengan bangunan yg dicipta yg sedia ada,makin risau
melihat kegilaan negara ini yg rasanya telah memahami
isi kandungan Al-Quran yg menulis tentang kisah2 begini
tapi masih meneruskan juga..xfaham saya,mungkinkah
ini petanda2 yang semakin hampir,anda semua renungkan..

Menurut sumber yang dapat dikongsi,inilah diantara 3 projek
terbesar yang akan dijalan kan negara Arab saudi iaitu
mencipta lebih lagi 3 bangunan tertinggi hurm,aduhai tak
cukup2 lagi ker?tapi yang saya dapat pastikan dari sumber
tertentu,bangunan yang pertama yang paling tinggi tue
akan dijalankan pembinaan nya di Jeddah dan bangunan
tersebut dinamakan skyscraper dan kos pembinaan tersebut
telah menelan belanja sebanyak RM US$13.6 billion,
dan projek berkenaan akan diteliti oleh seorg arkitek dari
arab yg pejabat nya bertempat di U.K iaitu Al-waleed bin Talal,
dijangkakan bangunan itu diantara tertinggi yang pernah dibina.

diketahui bahawa,bangunan ini telah dilakarkan oleh
sebuah institusi pembinaan yang dinamakan Omrania
and associates yang telah berkerjasama dgn sebuah syarikat dari US
iaitu syarikat Pickard Chilton,manakala firma pejabat dari UK
iaitu Hyder Consulting pula dipilih bagi mengatur bahagian
kejuruteraan bangunan terbabit dgn gabungan sebuah lagi syarikat
iaitu Arup. Dan pembinaan bangunan ini akan dikendalikan
sepenuhnya sebuah firma yang dipanggil Bechtel.
jadi pembinaan ini masih lagi belum dimulakan akibat dari krisis
ekonomi dunia yang semakin membimbangkan.
bagi saya kalau xdijalankan terus lagi bagus...kan..
apapepun ini cuma sdikit sumber yang saya dapat untuk
dikongsikan bersama anda..mungkinkah kita sudah semakin hampir.
dengan......renung sejenak.


PASUKAN TRANSFORMER MADE IN MALAYSIA

Hehe,update mase ini adalah,pasukan Transformer
Malaysia..Walaupun US famous dgn buatan filem
robot nyer,xkurang juga MAlaysia,huhu,Malaysia
pun ade pasukan die sendiri,haha,rasenyer kalo
Malaysia cipta Filem Transformer,inilah model2
kereta yang akan diguna pakai untuk Filem bkenaan.
saksikan..lalala


hurm,nie ketua PERDANA V6


Yang ini Proton WAJA.


Yang nie SAVVY.uish..


Yang nie pulak KANCIL..


Yang nie pulak MYVi..huhu
akhir skali...


Van Kotak yg Ramai rakyat malaysia kurang
berkenan,iaitu van JUARA,hurm..cuba korg
renungkan seburuk2 van tue,kalo jadi robot,
rasenyer laku jer kan,haha,sure korg beli kan.
apapepun nie semua hanya selingan..salam..

Ketua Pembela Tertuduh Tarik diri..?



salam semua,

berita terkini yang saya sempat ikuti adalah ketua pembela
tertuduh(ANWAR)menarik diri dari perbicaraan anwar,
hurm,menurut sumber petikan Utusan Malaysia Anwar Ibrahim
dikatakan memohon dokumen berkaitan kes liwat pembantunya
pada pukul 2.00petang ini.

Hakim Datuk Mohammad Zabidin Mohd. Diah menetapkan sedemikian semasa menemui pihak pembelaan dan pendakwaan di kamar beliau pagi ini. Hakim tersebut juga telah dimaklumkan bahawa peguam Sulaiman Abdullah menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

anwar sebelum itu memberitahu wartawan bahawa Sulaiman
telah menasihatkan beliau untuk melantik peguam lain buat
sementara waktu,Sulaiman memaklumkan kepada beliau
petang semalam bahawa dia tidak dapat meneruskan pembelaan
buat sementara waktu akibat dari mslh ksihatan yg dihadapinya.

Spekulasi saya,adkh peguam anwar ini ingin menarik diri dalam diam mungkin kerana tahu bahawa kes ini tidak akan dapat menang
jadi untuk mgelakkan diri,die meminta anwar untk mencari pengganti bg dirinya,kalo benar beliau sakit,saya harap die cepat sembuh
jika sebaliknya saya pasti kebenaran pasti berpihak kepada Saiful.Berbagai2 spekulasi yg cuba ditimbulkan disini,dan petikan blog
En.Saiful menanyakan "Siapa diantar peguam yg akan dilantik
menggantikan peguam bela Sulaiman,adkh diantara 8 pguam
yg membela tertuduh skrg?"

saya pun kurang pasti,jadi sama2 kita nantikan jawapannya,
saya percaya yang benar itu pasti diangkat,dan yg Batil
pasti menemui jalan buntu.InsyAllah.
sama2 nantikan keputusan.
banyakkan bersabar En.saiful,pasti ianya berpihak kepada kamu.


berakhirnya pilihanrya MANEK URAI


Salamualaikum,

setelah beberapa hari menanti keptusan pilihanraya
di Manek urai,kini sudah dapat diketahui umum bhw
kemenangan berpihak kepada calon PAS,iaitu Mohd
Fauzi Abdullah juga seorg pemborong ikan,yg masih
mempertahankan kedudukannya secara rasmi dgn
majoriti tipis sebanyak 65 undi...

dan bagi pendapat saya..walaupun kemenangan berpihak
kepada calon PAS,saya percaya bahawa BN telah menunjukan
peningkatan dalam usaha untuk memenangi hati rakyat
disana dgn peningkatan undi sebnyak 889 undi
wlpun tewas,bg saya BN adalah pemenang
kerana dgn pningkatan undi yang ditunjukan saya masih
percaya bahawa BN masih lagi berpeluang
cerah untk memenagi hati rakyat disana pd masa akan datang.

wlaupun begitu,sekalung TAHNIAH di berikan kepada
semua barisan pemimpin UMNO kerana berkerja keras untuk
memulihkan imej UMNO yg tercalar selepas PRu12 dapat dipulihkan
dan tidak lupa kepada Abe Uji,TAHNIAH keran dipilih
dan diletakkan kepercayaan oleh pgundi diManek Urai..
truskan perjuangan dan buktikan kepada pgundi kamu.
waktu untuk bekerja..

NEW PERODUA D46T LAUNCH SEPT 2009


hai semua,
belek punya belek web,xtahu ape nak diupdatekan..terjumpa
pelancaran model terbaru yang akan dikeluarkan oleh PERODUA
pada penghujung tahun 2009 nie(mungkin on september)hurm sangat compact dan menarik
kali ini perodua bkerja sama dgn toyota dn daihatsu untk
menghasilkan rekaan bentuk MPV ini.dan inilah hasilnya..!

dan ini adalah bahagian dalam kereta tersebut dimana mari kita lihat
2 lagi snap yg dapat dibezakan dgn model kereta keluaran jepun iaitu toyota
dan kita lihat perbezaan dia..

Rekaan dash yang sangat menarik,dimana ianya direka dalm dua
warna iaitu gelap diatas dn warna Beige dibhagian bawah,juga
difdatangkan sistem pgawalan audio dibahagian steering roda
dan tidak nampak sistem handbreak dibahagian tengah,kemungkinan
ianya diguna dibahagian kaki..hehe.

Dan ini bahagian sistem panel yg xdpt nak dijelaskan...tapi ianya
sangat moden,lebih kurg seperti TOYOTA vios..
tapi boleh nampk sedikit perbezaan...

ini kemungkinan ruang tempat dudk yang akan direka didalm model
terbaru perodua yang akan dilancarkan.


saksikan kemunculan kereta ini hasil usaha sama toyota,daihatsu dan perodua.

lawatan ke ZOO negara..hoyeah..



hai,salam semua..hari nie aku tetiba rase cm nak update blog,
sebenarnya bnda nie diupdatekan pada tarikh yg sepatutnya,
tapi dh terlambt n xberkesempatan apapepun xpela aslkn
ade benda yang dapat aku kongsi ngn korg semua.pd beberapa hari lepas
aku ngn pian bhajat untk melwat tempat yg dh lama kami x lawat
sejak dari bngku skolah,haha,alang2 xde xtvt nak buat kami pun
amik keputusan untuk melawat ZOO negara.
dh lama jugalah xmelawat tempat gini,so kami penuhi xtvt pada
hari itu dengan xtvt yg serba santai..

cuba mempromosikan giraffe yg ader..nie beberapa babak yg
sempat kami snap so kami enjoy dis day n thanks to pian atas kesudian dia
melaburkan wang nya untuk aku..hehe..tima kasih.
dan di bawah ader beberapa pic yg smpat kmi snap2...

posing untuk promote ais krim...

si pian dan si tupai...


mgenai gambar ORANG UTAN nie..hurm nak cter pun cm ksian
sebnar nya org utan nie makan kopok aku pn punya lah baik hati
panggil die amik aiskrim trun dari ats tmpt die bersantai,ingtkn
org utan nie pemalu,rupa2nya snggup jugak die trun untk amik
aiskrim aku nie ha..aduh..malangnyer,xsmpi nk bg..
jadi xdapet den nak nolong..but die comel..kan.?

argh,nie snap time dh nak balik..apapepun we got a lot fun here,
sebenarnyer ade bnyk gmbr lagi tapi xsempat nak di send pian,
gmbr2 yg aku letak nie bnyk mempromosikan kami haha..
bukan haiwan2 dalam zoo..hehe,apapepun happy jer.

BERHENTI MEMAKAN SUSHI..EWWWW>>>

Ini adalah kisah benar mengenai seorang lelaki di Jepun dari daerah Gifu yang meradang mengadu mengenai kesakitan kepala yang dialami. Alkisahnya Mr Shota Fujiwara sangat menggemari memakan sjenis makanan diJepun yg dipanggil "SHASHMI"n"SUSHI" ini katanya bagi mengekalkan kesegaran dan juga khidupan yg lebih lama dengan memakan makanan yg tidak dimasak dan menjadi makanan keseleraan beliau.

atuk ini mengalami kesakitan kepala sejak 3 Tahun yg lalu,dimana dia sering mgalami migrain dan juga stress yang teruk apabila pulang dari kerja. akibat dari kesakitan yang dialami itu,tlah membuatkan dia hilang motor keupayaan skills dbhagian otak dia ,dimana selepas pemereiksaan x-ray keatasnya telah mebongkar segala2nya.....


selepas dibawa untuk pemeriksaan lanjut oleh doktor, doktor yang memeriksa mendapati ader sejenis benda bergerak dibawah bahagian kulit kepalanya,jadi dgn itu doktor telah menjalankan pembedahan kecil dibahagian kepala atuk ini,dan ape yg memeranjatkan,ada sejenis ulat sampah yg terkeluar dari kulit kepala atuk ini..tanpa berlengah lagi,doktor segera melakukan pembedahan lanjutan dan hasilnya mendedahkan seperti gambar dibawah...


lihatlah hasil pembedahan itu,sangat memeranjatkan..inilah realitinya,jadi anda perlu tahu bahawa cacing pita dan "Roundworm" dan telur mereka yang hidup juga didalam ikan tawar atau air masin hanya boleh dibunuh dibawah suhu panas 4 darjah celcius dan sejukbeku -0 darjah celcius. Dan bagi telur mereka,hanya dapat dibunuh jika dimasak atau disejukbeku hendaklah lebih dari seminggu dan baru la mereka mati..dashyat bukan.jadi selepas ini..BERHATI2LAH memakan sushi,atu lupakan saja niat anda :)

Seksaan Bagi Orang Yang Tak Mahu Solat (RENUNGAN BERSAMA)

RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa meninggalkan solat dengan sengaja, maka sesungguhnya dia kafir yang nyata.”
Berdasarkan hadis ini, sebahagian ulama berfatwa tidak wajib menyembahyangkan jenazah seseorang yang meninggal dan mengaku Islam, tetapi tidak pernah mengerjakan solat. Malah, ada yang mengatakan haram menyembahyangkan individu berkenaan.
Hrm,sangat menankutkan bukan,Seksaan dan azab bagi orang yang lalai serta meninggalkan solat seperti sabda Rasulullah SAW: “Siapa meringan dan melalaikan solat lima waktu yang difardukan ke atasnya, akan menerima seksaan atau azab Allah dengan 15 azab.”
Enam daripada seksaan itu diterima di dunia, tiga ketika hampir ajalnya, tiga ketika berada di dalam kubur dan tiga lagi ketika berjumpa Allah pada hari kiamat.
Sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, apakah seksaan ketika di dunia?”
Jawab Baginda:

l Hilang berkat umurnya (hidup percuma dengan kekosongan, jika hidupa mewah, kemewahan itu hanya istidraj belaka).
l Hilang keberkatan rezekinya (rezekinya terbuang sia-sia, walaupun kaya, tetapi kekayaan itu menjadi laknat ke atasnya).
l Dihilangkan Allah tanda salih pada mukanya.
l Tidak diakui masuk golongan Islam (zahirnya saja Islam tetapi batinnya munafik, malah dia termasuk golongan munafik).
l Segala amal baiknya (sedekah dan sebagainya) tidak diberi ganjaran.
l Doanya ditolak Allah.
Hadis riwayat Ibnu Abbas, katanya:Aku dengar Rasulullah SAW bersabda: “Bermula orang meninggalkan solat itu, bukanlah dia daripada golongan Islam. Allah tidak terima tauhid dan imannya dan tidak ada faedah sedekah, puasa dan syahadatnya.”
Kemudian bertanya lagi sahabat: “Ya Rasullullah SAW, apa pula seksaan yang akan diterimanya ketika hampir ajalnya?”
Jawab Baginda:
l Adalah matinya dalam kehinaan iaitu, rohnya dicabut dengan kasar dan tidak ada belas kasihan.
l Matinya juga dalam kelaparan, bukan kerana tiada makanan, tetapi nafsunya tiada lagi, perut lapar tetapi tidak dapat makan sesuatu kerana sakit ketika roh akan keluar.
l Matinya juga dalam kehausan, malah jika diberi minum air dari semua lautan di dunia ini tidaklah memberi apa-apa kesan pada dahaganya ketika sakaratul maut.
Sahabat bertanya lagi: “Ya Rasulullah SAW, apa pula seksaan di dalam kuburnya?”
Ada riwayat menyatakan, orang yang meninggalkan solat, akan Allah hantarkan kepadanya seekor ular besar bernama Suja’ul akra’, yang matanya daripada api, mempunyai tangan dan berkuku besi, dengan membawa alat pemukul dari besi berat.
Ia akan berkata, kepada si mati dengan suaranya bagai halilintar: “Aku disuruh oleh Allah memukul engkau sebab meninggalkan solat dari Subuh hingga Zuhur, kemudian dari Zuhur ke Asar, dari Asar ke Maghrib dan dari Maghrib ke Isyak hingga Subuh.”
Lalu Suja’ul akra’ terus memukul mayat orang yang meninggalkan solat dan setiap kali dipukul, mayat itu terbenam ke dalam bumi beberapa ratus hasta.
Kemudian dikeluarkan mayat itu dengan kuku besinya lantas ditanya lagi dan dipukul lagi hingga hari kiamat.
Sahabat bertanya lagi: “Ya Rasulullah SAW, bagaimanakah keadaan orang yang meninggalkan solat ketika di depan Allah?”
Jawab Baginda: “Ketika bertemu Allah pada hari kiamat kelak, datang malaikat menyeksanya dengan rantai panjang. Rantai itu diikat ke leher orang yang meninggalkan solat serta dimasukkan ke mulutnya dan dikeluarkan melalui duburnya. Kemudian rantai itu ditarik dan disentap.
“Malaikat yang menghelanya berteriak: Inilah balasan bagi orang meninggalkan solat yang difardukan. Kemudian orang itu ditarik serta dilemparkan ke neraka bernama Saqar.”
Kedua, ketika berjumpa Allah, orang yang tidak menunaikan solat tidak akan mendapat keampunan Allah.
Ketiga, ketika dibangunkan semula pada hari kebangkitan, Allah tidak menaruh rahmat dan belas kasihan kepadanya.
Firman Allah bermaksud; “Mereka yang mensia-siakan solat dan mengikuti hawa nafsu kepada kejahatan, maka tetaplah mereka jatuh ke dalam satu telaga api neraka.” (Surah Maryam, ayat 59).
bagi yg mcm tak percaya tu (mungkin ada yg kata mcm mana la.. dll) baik pikir banyak kali sbb aku ada dgr ustaz ckp nanti bila mati akan ada yg mintak dihantar balik ke bumi sbb nk buat amalan tapi time tu dh terlambat… jadi takkan kita nk termasuk dlm golongan tu kut :D
jadi bukan lah nak tunjukkan diri aku nie pun baik sangat, aku cuma berharap dapat
berkongsi maklumat bersama2 ngan korg..jadi ubah lah diri kita supaya kita lebih
mengerjakan ibadah kepadaNya.bak kata satu pepatah nie..
"SEMBAHYANGLAH SEBELUM ANDA DISEMBAHYANGKAN"
untuk rujukan kembali kepada yang terlupa padaNya....

Penjelasan mengenai pembentukan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Negeri Perak

Panduan ini bertujuan menjelaskan kepada masyarakat mengenai kesahan (legitimacy) pembentukan Kerajaan Barisan Nasional di Negeri Perak dan menangkis kecaman oleh pemimpin Kerajaan Campuran (PAS, DAP dan PKR), ahli-ahli akademik, tokoh-tokoh politik dan pemimpin-pemimpin NGO. Seterusnya mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kesahan (legitimacy) Kerajaan Barisan Nasional demi kestabilan politik, ekonomi, kemanan dan keselamatan.

PERSOALAN DAN PENJELASAN

SOALAN 1: Mengapa Sultan Perak tidak bersetuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri setelah diajukan permohonan pembubaran?

1.1 - Dari segi Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, Sultan Perak mempunyai kuasa-kuasa tertentu seperti dalam peruntukkan Fasal 18 (2)(b) seperti berikut:

Sultan boleh bertindak menurut budi bicaranya untuk tidak mempersetujui permintaan bagi membubarkan DUN.

1.2 – Dalam konteks pembentukkan negara, pandangan rakyat semata-mata tidak boleh diambil kira kerana ia berasaskan kepada emosi dan persepsi. Pada kebiasaannya bukanberasaskan kepada perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri. (Perkara ini tertakluk pada perlembagaan dan undang-undang)

1.3 – Sultan berlaku adil dengan mengambil kira suasana semasa dalam menyelesaikan kemelut politik di mana Kerajaan Pakatan Rakyat telah hilang sokongan majoriti ADUN.

1.4 – Sultan berlaku adil dengan bertemu 28 ADUN BN dan 3 ADUN Bebas secara bersemuka satu demi satu untuk mendapatkan pendirian dan sokongan mereka terhadap BN.

1.5 – Dalam hal ini, Sultan mempunyai 3 opsyen:

a) Membubarkan DUN dan satu Pilihan Raya Kecil diadakan.
b) Mengadakan undi tidak percaya terhadap Nizar
c) Mengenal pasti dan membenarkan parti yang mendapat sokongan majoriti menubuhkan Kerajaan.

Sehubungan dengan itu, baginda memilih opsyen yang ke-3 iaitu Memilih BN yang mendapat sokongan majoriti.

1.6 – Baginda merupakan seorang yang bijaksana, berilmu berpengalaman dan bekas Ketua Hakim Negara.

SOALAN 2: Tindakan Sultan Perak dilihat bercanggah dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak serta perasaan dan pandangan rakyat.

2.1 – Fasal 16 (6) – Baginda mempunyai kuasa mutlak tidak memperkenankan pembubaran DUN. Secara automatik jawatan Menteri Besar dan Jemaah Exco gugur.

2.2 – Fasal 12 (2) – Walaupun Undang-Undang Tubuh Negeri Perak mensyaratkan perlantikkan Menteri Besar hanya dari kalangan Orang Melayu dan beragama Islam sahaja tetapi Undang-Undnag Tubuh turut memberi kuasa kepada Sultan untuk melantik Menteri Besar selain daripada orang Melayu/Islam jika Baginda menimbangkan berfaedah berbuat sedemikian.

Sebagai contoh, Sultan Perak telah menggunakan kuasa mutlaknya ini dengan melantik Dato’ Seri Nizar Jamaludin sebagai Menteri Besar walaupun PAS bukan majoriti berbandingkan DAP selepas PRU12, kenapa ketika itu tidak timbul isu Sultan melaksanakan kuasa baginda secara bercanggah dengan Undang-Undang Tubuh dan tidak mengambil perasaan atau padangan rakyat (khususnya bukan Melayu)?

2.3 – Fasal 16 (2a) – Sultan hendaklah melantik seorang Menteri Besar daripada kalangan ahli Dewan Udangan Negeri yang pada pendapatnya boleh mendapat kepercayaan sebilangan besar ADUN lain.

2.4 – Fasal 18 (2)(a) – Kuasa-kuasa Sultan untuk ”memutuskan mengikut timbangannya sendiri” termasuklah dalam perkara ”melantik Menteri Besar.” Satu lagi dalil kuasa mutlak Sultan adalah di bawah Fasal 16 (7) yang berbunyi –

Fasal 16 (7). Tertakluk kepada Fasal (6) seorang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan selain daripada Menteri Besar itu hendaklah memegang jawatan selama keredaan Duli Yang Maha Mulia, tetapi seorang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan itu bolehlah pada mana-mana ketika meletakkan jawatannya.

2.5 – Seksyen 7, Akta Tafsiran – Menguatkan lagi kuasa Sultan yang memegang, menjawat dan menjalankan fungsi-fungsi jawatannya.

2.6 – Artikel 71 (Perlembagaan Persekutuan) – Perlembagaan Persekutuan telah menjamin hak Raja sesuatu Negeri untuk naik takhta dan memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak dan keistimewaan-keistimewaan di sisi perlembagaan bagi Raja Negeri itu mengikuti Perlembagaan Negeri itu.

Ini bermakna semua kuasa budi bicara Sultan Perak sebagaimana yang termaktub di bawah perlembagaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak (Sebagai perlebagaan Negeri) adalah kuasa mutlak Baginda dan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

SOALAN 3: Mengapa perlantikkan MB baharu dibuat sedangkan MB lama belum berundur?

3.1 – Isu ini sepatutnya tidak timbul jika Dato’ Seri Nizar taat kepada titah yang diputuskan oleh Sultan tetapi beliau sengaja derhaka dengan menganggapkan dirinya masih menteri besar.

3.2 – Sultan telah berlaku adil dengan memberi kuasa kepada Dato’ Seri Nizar untuk berfikir supaya melepaskan jawatan. Namun Dato’ Seri Nizar tidak berbuat demikian kerana beranggapan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar masih sah disisi Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak. Siapakah beliau berbandingkan Ke Bawah DYMM Baginda Sultan di sisi Undang-Undang Tubuh Negeri Perak?

SOALAN 4: Mengapa tidak diadakan Piliharaya Negeri untuk memilih Kerajaan Negeri yang baru?

4.1 – Pilihan Raya dan undi tidak percaya bukannya satu-satu kaedah penyelesaian sebaliknya bergantung di atas pertimbangan Sultan untuk memutuskan apa-apa kaedah menurut kuasa dan budi bicara yang terletak hak ke atas Baginda di bawah Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

4.2 – BN sentiasa bersedia mengahadapi mana-mana Pilihan raya sama adalah Umum atau Kecil, namun demikian dalam situasai ini Sultan telah memutuskan pembubaran DUN tidak perlu dan Baginda berpuas hati BN telah mempunyai sokongan majoriti ketika itu.

4.3 – Tuanku sangat prihatin dan bijaksana dalam menangani situasi di mana Baginda mengambil kira bahawa Pilihan Raya Kecil/Negeri memerlukan bajet tinggi dan tidak bersesuaian dnegan keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu. Pada masa yang sama untuk mengadapakan PRK boleh juga mengundang masalah ketidaktentuan politik dan mungkin hanya mendatangkan hasil yang sama.

4.4 – Dengan itu, Undang-Undang Tubuh Negeri Perak telah memperuntukkan kuasa mutlak kepada Sultan pertukaran Kerajaan boleh dilaksanakan tanpa perlu mengadakan Piliharaya Negeri dan dengan cara ini dapat dielakkan sebarang pembaziran wang rakyat.

SOALAN 5: Mengapakah SPR bertindak sebagai mahkamah?

5.1 – Surat tandatangan mengosongkan kerusi yang tidak bertarikh hanya sah sekiranya disampaikan oleh orang yang menandatangani surat tersebut. Ini merupakan satu prosedur SPR [Akta SPR Perkara 12 (3)]. Ini menimbulkan keraguan terhadap surat tersebut menyebabkan SPR membuat keputusan menolak permintaan Speaker.

SOALAN 6: Rakyat mempertikaikan keputusan Sultan bersifat menyebelah sebelah pihak (UMNO/Barisan Nasional)

6.1 – Sultan Perak adalah bekas Ketua Hakim. Beliau arif dan berpengalaman dalam bidang kehakiman dan perundangan. Baginda bersifat adil dan konsisten kepad kedua-dua pihak dengan menggunakan pendekatan yang adil, bijaksana dan berhemah serta mengikut proses perundangan yang betul.

6.2 - Sultan hanya menjalankan kuasa Baginda sebagaimana yang diperuntukkan dibawah Perkara 16 (6) kerana berpuas hati bahawa Menteri Besar telah terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada ahli-ahli Dewan Negari dan memperkenankan parti yang mendapat sokongan majoriti menubuhkan kerajaan.

SOALAN 7: Adakah Dato’ Seri Nizar dianggap melanggar Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak?

7.1 – Ya, Dato’ Seri Nizar dianggap melanggar Undang-Undang Tubuh Negeri Perak kerana tidak menurut perintah Sultan Perak. Paduka Seri Sultan Perak telah menasihati YB Dato’ Seri Nizar namun beliau ingkar meletak jawatan.

7.2 – Dato’ Seri Nizar telah melanggar sumpah sebagai ADUN kerana dalam sumpahnya menyatakan ”Sesungguhnya saya Nizar Jamaluddin bersumpah akan taat setia kepada Sultan (Nizar melanggar Sumpah) [Fasal 47(1)] (... sewaktu proses angkat sumpah dihadapan DYMM Sultan)

SOALAN 8: Benarkah Nizar ’Kera Jagaan’ dan orang Melayu ’diperkudakan’?

8.1 – Ya, semasa tempoh pemerintahannya, beliau telah bertindak seperti berikut:

a) Pemberian hak milik tanah selama 999 setahun kepada penduduk Kampung Baru (19 geran hak milik telah pun dikeluarkan). Batuan PLB tidak sampai ke kampung-kampung Melayu.
b) Perancangan pemberian tanah kepada sekolah persendirian Cina sebanyak 1000 hektar.
c) Mengunci sekolah TADIKA KEMAS dan dewan serbaguna/ balai raya (yang menempatkan harta benda Komuniti Bestari milik Kerajaan Persekutuan).
d) Keputusan Kerajaan negeri dibuat oleh DAP dan MB sebagai boneka hanya boleh akur sahaja.
e) Demonstrasi jalanan yang dilakukan oleh orang-orang Melayu di Kuala Kangsar bukan budaya rakyat Malaysia sebaliknya dipelopori oleh DSAI dan parti campuran. Jika benar parti campuran sepakat, megapa kaum lain tidak turut serta. Ini menunjukkan orang Melayu tidak sedar, mereka dipergunakan dan diperalatkan supaya DAP terus berkuasa di Perak.

SOALAN 9: Adakah BN mengambil Kerajaan Perak secara tidak bermoral dan menggunakan pintu belakang?

9.1 – BN mengikut saluran yang benar berdasarkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

9.2 – Sebenarnya dua Ahli DUN PKR dan seorang DAP yang keluar parti dan menggelar diri mereka BEBAS kerana tidak percaya kepada kepimpinan MB dan parti masing-masing. Mereka bukannya lompat parti.

9.3 – Jika Pakatan PKR-DAP-PAS melihat ahli merka keluar parti sebagai usaha BN secara ’pintu belakang’, mereka perlu ingat bahawa cara ”pintu belakang” itu sebenarnya adalah cara mereka kerana pakatan pembangkanglah yang mempromosikan ”lompat parti” apabila ADUN Bota, YB Dato’ Nasaruddin Hashim melompat dari UMNO menjadi ahli PKR sebelum beliau kembali semula ke pangkuan UMNO.

9.4 – Budaya melompat parti dibulakan DSAI apabila beliau mendakwa akan menubuhkan Kerajaan pada 16 September 2008.

SOALAN 10: Adakah BN bersekongkol dengan pemimpin yang tidak bermoral?

10.1 – Tidak, kerana seseorang itu tidak bersalah selagi mahkamah belum membuktikan mereka bersalah. Sementara itu ketiga-tiga ADUN, dua PKR dan satu DAP keluar parti masing-masing adalah kerana tidak percaya dengan perjuangan parti campuran (DAP, PKR, PAS). Mereka sendiri yang menyatakan sokongan kepada BN semasa menghadap Sultan.

10.2 – Dalam hal ini, parti campuran pembangkang yang sebenarnya bersekongkol dengan pemimpin yang tidak bermoral kerana dulu semasa ADUN Changkat Jering dan ADUN Behrang didakwa terlibat dengan rasuah, mereka tidak digantung jawatan exco malahan terus diberi sokongan dnegan menyatakan itu adalah permainan kotor BN untuk menjatuhkan parti campuran (DAP, PKR, PAS)

SOALAN 11: Adakah parti campuran pembangkang merupakan parti yang kukuh?

11.1 – Tidak, kerana Kerajaan Campuran di Negeri Perak hanyalah marriage of convinience sementera dasar dan polisi dalm pentadbiran adalah berbeza. BN pula adalah satu pakatan yang kukuh dan terbukti selama 51 tahun memerintah Malaysia sejak zaman Perikatan. Mereka bertanding dibawah satu simbol dan memerintah dibawah satu dasar perkongsian kuasa antara kaum.

11.2 – Sebaliknya parti campura DAP-PAS-PKR hanya bermuafakat untuk menjatuhkan BN. Jika berjaya menjatuhkan BN, sudah pasti hala tuju mereka bercelaru kerana masing-masing mempunyai agenda dan ideologi politik yang berbeza. Bukti telah ada dimana DAP tidak iktiraf impian PAS untuk laksanakan sistem Hudud dan menjadikan Malaysia Negara Islam ekstrem.

11.3 – Dalil lain – semasa PRU 10 pakatan ini telah bersatu tetapi berpecah apabila usaha mereka untuk menjatuhkan Kerajaan BN gagal.

11.4 - Selain itu, kenyataan pemimpin-pemimpin mereka sering bercanggah. Contohnya Pengerusi DAP, Karpal Singh menyatakan akan mengabil tindakan saman terhadap Sultan. Manakala Ketua Umum Parti campuran, DSAI menyatakan tidak akan memfailkan saman terhadap Sultan Perak. Karpal juga menyatakan: ”DSAI merupakan pemimpin yang tidak bermoral kerana membenarkan budaya melompat parti.”

SOALAN 12: Kenapa Karpal Singh sanggup saman Sultan?

12.1 – Sebagai Pengerusi DAP Karpal Singh sejak awal lagi tidak percaya kepada institusi Raja malah ingin menghapuskan institusi Raja di samping berhasrat untuk menjadikan negara kita sebagai republik melalui konsep Malaysian-Malaysia. Antara ”Perjuangannya”, beliau lantang menentang hukum hudud, mencabar institusi raja dan haka keistimewaan Melayu, Bahasa Melayu, Pengisytiharan oleh Tun Dr Mahathir bahawa Malaysia adalah Negara Islam, DEB dan sebagainya.


SOALAN 13: Kenapa Nizar menyaman MB sedangkan tindakan menyaman MB sama seperti menyaman sultan?

13.1 Tidakkan ini diambil kerana:

a) Cuba mengelirukan rakyat kerana jika menyaman Sultan akan menimbulkan kemarahan rakyat, terutama orang Melayu;
b) Cuba untuk memanjangkan kedudukkannya sebagai MB Perak dengan menunggu keputusan mahkamah;
c) Sebagai boneka hanya mengikut arahan DAP yang sebenarnya lebih terjejas berbandingkan diri atau partinya sendiri;
d) Tidak dapat menerima hakikat (qada dan qada’) walaupun beliau ahli PAS yang mendakwa sentiasa mendokong agama Islam;
e) Ibarat orang gila talak setelah diisytiharkan bercerai oleh mahkamah Syariah;
f) Memanjangkan kemelut politik Perak supaya kejatuhan parti campuran di Perak tidak merebak ke negeri Kedah dan Selangor; Dan
g) Tamak kerana sayangkan pangkat, gaji dan kemudahan terutama kereta Camry yang baru dibeli.

Pembentukan Kerajaan Negeri Perak sah mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Fasal 16 (4) dan Fasal 16 (6)

PROGRAM PEMANTAPAN DI KEM ILMU







Pada 8hb,aku tlah menyertai kem jati diri anak muda yang dinamakan "GEMPITA" iaitu maksudnya seperti tertera di gambar berkenaan..kem ini stlah dikaji selidik ianya btul2 bagus untuk memantapkan jiwa anak2 muda sekarang bagi menyedarkan mereka kpntingan yg tlah kerajaan berikan n membuka minda anak2 muda bahawa mereka perlu berfikir secara waras dan membuka mata supaya tidak lagi terkhayal dengan sgala imaginasi yg secara logiknya tidak masuk akal yg tlah diwujudkan oleh pembangkang kerajaan.. :)
Ini pula adalah sesi dimana masing2 perlu disusun mengikut peringkat usia dimana aku rasakan sesi ini tidak patut diwujudkan,tapi bagi yg terbuka minda untuk sekadar suka2 mungkin bagi aku itu tidak mengapa..n pada sesi nie sangat menyeronokkan smbil kami dapt mengeratkan silaturrahim dan juga mengenali antara satu sama lain dalam pada itu juga aku sbagai anak muda juga blajar mnghormati diantara satu sama lain xkira tua atau muda.
inilah dinamakan 1Malaysia..btul ker..??

ketika ini adalah sesi taklimat oleh Datuk Mazlan kalau xsilap aku..taklimat ini sangat berkesan kerana ianya memotivasikan anak2 muda untuk berjuang menegakkn kebenaran,bagi aku sesi ini sangat memberi ilham dan mengembalikan jati diri aku sebagai org melayu..jadi..segala idea2 pemberi taklimat adalah sangat2 "BERNAS" juga Mengkagumkan..dan dipersetujui sekeras2nya oleh yg hadir termasuk aku sndiri yg pkir secara rasional... :)

Dan ini sesi bergambar sbagai kenangan..hehe ,sempat lagi bergambar ketika sesi taklimat berjalan..kita org memg suke berposing..haha..masing2 mngekalkan kedudukan yang agak selamat supaya muka masing2 xnampk lemau..peace.. :)

dan ini adalah salah satu senibina yg begitu indah dipandagan mata aku..sebab suasana kat sini sangat cantik seperti resort,cuma sayang aku xsempat nk rakam smua sudut disebabkan jadual yg terlalu padat..huhu..apapepun..tmpat ini satu keselesaan buat kami yg tlah disediakan oleh kerajaan yg sgt utamakan rakyatnya..peace..harap dapat kembali disini....