Penjelasan mengenai pembentukan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Negeri Perak

Panduan ini bertujuan menjelaskan kepada masyarakat mengenai kesahan (legitimacy) pembentukan Kerajaan Barisan Nasional di Negeri Perak dan menangkis kecaman oleh pemimpin Kerajaan Campuran (PAS, DAP dan PKR), ahli-ahli akademik, tokoh-tokoh politik dan pemimpin-pemimpin NGO. Seterusnya mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kesahan (legitimacy) Kerajaan Barisan Nasional demi kestabilan politik, ekonomi, kemanan dan keselamatan.

PERSOALAN DAN PENJELASAN

SOALAN 1: Mengapa Sultan Perak tidak bersetuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri setelah diajukan permohonan pembubaran?

1.1 - Dari segi Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, Sultan Perak mempunyai kuasa-kuasa tertentu seperti dalam peruntukkan Fasal 18 (2)(b) seperti berikut:

Sultan boleh bertindak menurut budi bicaranya untuk tidak mempersetujui permintaan bagi membubarkan DUN.

1.2 – Dalam konteks pembentukkan negara, pandangan rakyat semata-mata tidak boleh diambil kira kerana ia berasaskan kepada emosi dan persepsi. Pada kebiasaannya bukanberasaskan kepada perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri. (Perkara ini tertakluk pada perlembagaan dan undang-undang)

1.3 – Sultan berlaku adil dengan mengambil kira suasana semasa dalam menyelesaikan kemelut politik di mana Kerajaan Pakatan Rakyat telah hilang sokongan majoriti ADUN.

1.4 – Sultan berlaku adil dengan bertemu 28 ADUN BN dan 3 ADUN Bebas secara bersemuka satu demi satu untuk mendapatkan pendirian dan sokongan mereka terhadap BN.

1.5 – Dalam hal ini, Sultan mempunyai 3 opsyen:

a) Membubarkan DUN dan satu Pilihan Raya Kecil diadakan.
b) Mengadakan undi tidak percaya terhadap Nizar
c) Mengenal pasti dan membenarkan parti yang mendapat sokongan majoriti menubuhkan Kerajaan.

Sehubungan dengan itu, baginda memilih opsyen yang ke-3 iaitu Memilih BN yang mendapat sokongan majoriti.

1.6 – Baginda merupakan seorang yang bijaksana, berilmu berpengalaman dan bekas Ketua Hakim Negara.

SOALAN 2: Tindakan Sultan Perak dilihat bercanggah dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak serta perasaan dan pandangan rakyat.

2.1 – Fasal 16 (6) – Baginda mempunyai kuasa mutlak tidak memperkenankan pembubaran DUN. Secara automatik jawatan Menteri Besar dan Jemaah Exco gugur.

2.2 – Fasal 12 (2) – Walaupun Undang-Undang Tubuh Negeri Perak mensyaratkan perlantikkan Menteri Besar hanya dari kalangan Orang Melayu dan beragama Islam sahaja tetapi Undang-Undnag Tubuh turut memberi kuasa kepada Sultan untuk melantik Menteri Besar selain daripada orang Melayu/Islam jika Baginda menimbangkan berfaedah berbuat sedemikian.

Sebagai contoh, Sultan Perak telah menggunakan kuasa mutlaknya ini dengan melantik Dato’ Seri Nizar Jamaludin sebagai Menteri Besar walaupun PAS bukan majoriti berbandingkan DAP selepas PRU12, kenapa ketika itu tidak timbul isu Sultan melaksanakan kuasa baginda secara bercanggah dengan Undang-Undang Tubuh dan tidak mengambil perasaan atau padangan rakyat (khususnya bukan Melayu)?

2.3 – Fasal 16 (2a) – Sultan hendaklah melantik seorang Menteri Besar daripada kalangan ahli Dewan Udangan Negeri yang pada pendapatnya boleh mendapat kepercayaan sebilangan besar ADUN lain.

2.4 – Fasal 18 (2)(a) – Kuasa-kuasa Sultan untuk ”memutuskan mengikut timbangannya sendiri” termasuklah dalam perkara ”melantik Menteri Besar.” Satu lagi dalil kuasa mutlak Sultan adalah di bawah Fasal 16 (7) yang berbunyi –

Fasal 16 (7). Tertakluk kepada Fasal (6) seorang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan selain daripada Menteri Besar itu hendaklah memegang jawatan selama keredaan Duli Yang Maha Mulia, tetapi seorang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan itu bolehlah pada mana-mana ketika meletakkan jawatannya.

2.5 – Seksyen 7, Akta Tafsiran – Menguatkan lagi kuasa Sultan yang memegang, menjawat dan menjalankan fungsi-fungsi jawatannya.

2.6 – Artikel 71 (Perlembagaan Persekutuan) – Perlembagaan Persekutuan telah menjamin hak Raja sesuatu Negeri untuk naik takhta dan memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak dan keistimewaan-keistimewaan di sisi perlembagaan bagi Raja Negeri itu mengikuti Perlembagaan Negeri itu.

Ini bermakna semua kuasa budi bicara Sultan Perak sebagaimana yang termaktub di bawah perlembagaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak (Sebagai perlebagaan Negeri) adalah kuasa mutlak Baginda dan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

SOALAN 3: Mengapa perlantikkan MB baharu dibuat sedangkan MB lama belum berundur?

3.1 – Isu ini sepatutnya tidak timbul jika Dato’ Seri Nizar taat kepada titah yang diputuskan oleh Sultan tetapi beliau sengaja derhaka dengan menganggapkan dirinya masih menteri besar.

3.2 – Sultan telah berlaku adil dengan memberi kuasa kepada Dato’ Seri Nizar untuk berfikir supaya melepaskan jawatan. Namun Dato’ Seri Nizar tidak berbuat demikian kerana beranggapan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar masih sah disisi Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak. Siapakah beliau berbandingkan Ke Bawah DYMM Baginda Sultan di sisi Undang-Undang Tubuh Negeri Perak?

SOALAN 4: Mengapa tidak diadakan Piliharaya Negeri untuk memilih Kerajaan Negeri yang baru?

4.1 – Pilihan Raya dan undi tidak percaya bukannya satu-satu kaedah penyelesaian sebaliknya bergantung di atas pertimbangan Sultan untuk memutuskan apa-apa kaedah menurut kuasa dan budi bicara yang terletak hak ke atas Baginda di bawah Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

4.2 – BN sentiasa bersedia mengahadapi mana-mana Pilihan raya sama adalah Umum atau Kecil, namun demikian dalam situasai ini Sultan telah memutuskan pembubaran DUN tidak perlu dan Baginda berpuas hati BN telah mempunyai sokongan majoriti ketika itu.

4.3 – Tuanku sangat prihatin dan bijaksana dalam menangani situasi di mana Baginda mengambil kira bahawa Pilihan Raya Kecil/Negeri memerlukan bajet tinggi dan tidak bersesuaian dnegan keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu. Pada masa yang sama untuk mengadapakan PRK boleh juga mengundang masalah ketidaktentuan politik dan mungkin hanya mendatangkan hasil yang sama.

4.4 – Dengan itu, Undang-Undang Tubuh Negeri Perak telah memperuntukkan kuasa mutlak kepada Sultan pertukaran Kerajaan boleh dilaksanakan tanpa perlu mengadakan Piliharaya Negeri dan dengan cara ini dapat dielakkan sebarang pembaziran wang rakyat.

SOALAN 5: Mengapakah SPR bertindak sebagai mahkamah?

5.1 – Surat tandatangan mengosongkan kerusi yang tidak bertarikh hanya sah sekiranya disampaikan oleh orang yang menandatangani surat tersebut. Ini merupakan satu prosedur SPR [Akta SPR Perkara 12 (3)]. Ini menimbulkan keraguan terhadap surat tersebut menyebabkan SPR membuat keputusan menolak permintaan Speaker.

SOALAN 6: Rakyat mempertikaikan keputusan Sultan bersifat menyebelah sebelah pihak (UMNO/Barisan Nasional)

6.1 – Sultan Perak adalah bekas Ketua Hakim. Beliau arif dan berpengalaman dalam bidang kehakiman dan perundangan. Baginda bersifat adil dan konsisten kepad kedua-dua pihak dengan menggunakan pendekatan yang adil, bijaksana dan berhemah serta mengikut proses perundangan yang betul.

6.2 - Sultan hanya menjalankan kuasa Baginda sebagaimana yang diperuntukkan dibawah Perkara 16 (6) kerana berpuas hati bahawa Menteri Besar telah terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada ahli-ahli Dewan Negari dan memperkenankan parti yang mendapat sokongan majoriti menubuhkan kerajaan.

SOALAN 7: Adakah Dato’ Seri Nizar dianggap melanggar Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak?

7.1 – Ya, Dato’ Seri Nizar dianggap melanggar Undang-Undang Tubuh Negeri Perak kerana tidak menurut perintah Sultan Perak. Paduka Seri Sultan Perak telah menasihati YB Dato’ Seri Nizar namun beliau ingkar meletak jawatan.

7.2 – Dato’ Seri Nizar telah melanggar sumpah sebagai ADUN kerana dalam sumpahnya menyatakan ”Sesungguhnya saya Nizar Jamaluddin bersumpah akan taat setia kepada Sultan (Nizar melanggar Sumpah) [Fasal 47(1)] (... sewaktu proses angkat sumpah dihadapan DYMM Sultan)

SOALAN 8: Benarkah Nizar ’Kera Jagaan’ dan orang Melayu ’diperkudakan’?

8.1 – Ya, semasa tempoh pemerintahannya, beliau telah bertindak seperti berikut:

a) Pemberian hak milik tanah selama 999 setahun kepada penduduk Kampung Baru (19 geran hak milik telah pun dikeluarkan). Batuan PLB tidak sampai ke kampung-kampung Melayu.
b) Perancangan pemberian tanah kepada sekolah persendirian Cina sebanyak 1000 hektar.
c) Mengunci sekolah TADIKA KEMAS dan dewan serbaguna/ balai raya (yang menempatkan harta benda Komuniti Bestari milik Kerajaan Persekutuan).
d) Keputusan Kerajaan negeri dibuat oleh DAP dan MB sebagai boneka hanya boleh akur sahaja.
e) Demonstrasi jalanan yang dilakukan oleh orang-orang Melayu di Kuala Kangsar bukan budaya rakyat Malaysia sebaliknya dipelopori oleh DSAI dan parti campuran. Jika benar parti campuran sepakat, megapa kaum lain tidak turut serta. Ini menunjukkan orang Melayu tidak sedar, mereka dipergunakan dan diperalatkan supaya DAP terus berkuasa di Perak.

SOALAN 9: Adakah BN mengambil Kerajaan Perak secara tidak bermoral dan menggunakan pintu belakang?

9.1 – BN mengikut saluran yang benar berdasarkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

9.2 – Sebenarnya dua Ahli DUN PKR dan seorang DAP yang keluar parti dan menggelar diri mereka BEBAS kerana tidak percaya kepada kepimpinan MB dan parti masing-masing. Mereka bukannya lompat parti.

9.3 – Jika Pakatan PKR-DAP-PAS melihat ahli merka keluar parti sebagai usaha BN secara ’pintu belakang’, mereka perlu ingat bahawa cara ”pintu belakang” itu sebenarnya adalah cara mereka kerana pakatan pembangkanglah yang mempromosikan ”lompat parti” apabila ADUN Bota, YB Dato’ Nasaruddin Hashim melompat dari UMNO menjadi ahli PKR sebelum beliau kembali semula ke pangkuan UMNO.

9.4 – Budaya melompat parti dibulakan DSAI apabila beliau mendakwa akan menubuhkan Kerajaan pada 16 September 2008.

SOALAN 10: Adakah BN bersekongkol dengan pemimpin yang tidak bermoral?

10.1 – Tidak, kerana seseorang itu tidak bersalah selagi mahkamah belum membuktikan mereka bersalah. Sementara itu ketiga-tiga ADUN, dua PKR dan satu DAP keluar parti masing-masing adalah kerana tidak percaya dengan perjuangan parti campuran (DAP, PKR, PAS). Mereka sendiri yang menyatakan sokongan kepada BN semasa menghadap Sultan.

10.2 – Dalam hal ini, parti campuran pembangkang yang sebenarnya bersekongkol dengan pemimpin yang tidak bermoral kerana dulu semasa ADUN Changkat Jering dan ADUN Behrang didakwa terlibat dengan rasuah, mereka tidak digantung jawatan exco malahan terus diberi sokongan dnegan menyatakan itu adalah permainan kotor BN untuk menjatuhkan parti campuran (DAP, PKR, PAS)

SOALAN 11: Adakah parti campuran pembangkang merupakan parti yang kukuh?

11.1 – Tidak, kerana Kerajaan Campuran di Negeri Perak hanyalah marriage of convinience sementera dasar dan polisi dalm pentadbiran adalah berbeza. BN pula adalah satu pakatan yang kukuh dan terbukti selama 51 tahun memerintah Malaysia sejak zaman Perikatan. Mereka bertanding dibawah satu simbol dan memerintah dibawah satu dasar perkongsian kuasa antara kaum.

11.2 – Sebaliknya parti campura DAP-PAS-PKR hanya bermuafakat untuk menjatuhkan BN. Jika berjaya menjatuhkan BN, sudah pasti hala tuju mereka bercelaru kerana masing-masing mempunyai agenda dan ideologi politik yang berbeza. Bukti telah ada dimana DAP tidak iktiraf impian PAS untuk laksanakan sistem Hudud dan menjadikan Malaysia Negara Islam ekstrem.

11.3 – Dalil lain – semasa PRU 10 pakatan ini telah bersatu tetapi berpecah apabila usaha mereka untuk menjatuhkan Kerajaan BN gagal.

11.4 - Selain itu, kenyataan pemimpin-pemimpin mereka sering bercanggah. Contohnya Pengerusi DAP, Karpal Singh menyatakan akan mengabil tindakan saman terhadap Sultan. Manakala Ketua Umum Parti campuran, DSAI menyatakan tidak akan memfailkan saman terhadap Sultan Perak. Karpal juga menyatakan: ”DSAI merupakan pemimpin yang tidak bermoral kerana membenarkan budaya melompat parti.”

SOALAN 12: Kenapa Karpal Singh sanggup saman Sultan?

12.1 – Sebagai Pengerusi DAP Karpal Singh sejak awal lagi tidak percaya kepada institusi Raja malah ingin menghapuskan institusi Raja di samping berhasrat untuk menjadikan negara kita sebagai republik melalui konsep Malaysian-Malaysia. Antara ”Perjuangannya”, beliau lantang menentang hukum hudud, mencabar institusi raja dan haka keistimewaan Melayu, Bahasa Melayu, Pengisytiharan oleh Tun Dr Mahathir bahawa Malaysia adalah Negara Islam, DEB dan sebagainya.


SOALAN 13: Kenapa Nizar menyaman MB sedangkan tindakan menyaman MB sama seperti menyaman sultan?

13.1 Tidakkan ini diambil kerana:

a) Cuba mengelirukan rakyat kerana jika menyaman Sultan akan menimbulkan kemarahan rakyat, terutama orang Melayu;
b) Cuba untuk memanjangkan kedudukkannya sebagai MB Perak dengan menunggu keputusan mahkamah;
c) Sebagai boneka hanya mengikut arahan DAP yang sebenarnya lebih terjejas berbandingkan diri atau partinya sendiri;
d) Tidak dapat menerima hakikat (qada dan qada’) walaupun beliau ahli PAS yang mendakwa sentiasa mendokong agama Islam;
e) Ibarat orang gila talak setelah diisytiharkan bercerai oleh mahkamah Syariah;
f) Memanjangkan kemelut politik Perak supaya kejatuhan parti campuran di Perak tidak merebak ke negeri Kedah dan Selangor; Dan
g) Tamak kerana sayangkan pangkat, gaji dan kemudahan terutama kereta Camry yang baru dibeli.

Pembentukan Kerajaan Negeri Perak sah mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Fasal 16 (4) dan Fasal 16 (6)
4 Responses
  1. Anonymous Says:

    ko mmg tak paham ke buat2 tak paham... takkan ler mahkamah pun bangang pasal perlembagaan... dr mahathir pun cakap benda yang sama... takkan dia pun bangang... sultan pun (DAULAT TUANKU) manusia biasa... kadang2 buat silap pasal semua atas bahu baginda... kena dengan tukang penasihat (lantikan BN) yang tak berapa nak cerdik tntg perlembagaan... yg aku tahu.. perlembagaan ini dibuat time UMNO / Perikatan / BN tgh kuat... rasa mustahil untuk kalah... so la nie... banyak kelemahan timbul.... terimalah hakikat... takkan rakyat aje nak kena ikut SULTAN.... dan beribu tahun rakyat taat dengan SULTAN... ader masa dan ketikanya.. SULTAN perlulah ikut kehendak rakyat.... barulah rakyat sayang ke SULTAN.... DAULAT TUANKU.... Sembah Patik Harap Di Ampun... jangan percaya sangat kaki2 bodek nie..... patik mohon berucap dengan sahabat patik rakyat jelata....

    Yang ku tau... BN tak nak bubar DUN pasal tak nak election... Nizar nak bubar DUN... saper yg gila pangkat nak sangat jadi MB??? kalau bubar DUN pun tak pasti lagi Nizar dpt jd MB... tp Zambry tuh mmg beria2 nak terus jd MB... sudahlah... buangkan ajer kes mahkamah... buat pilihanraya... pas tuh tutup kes... sapa menang jd MB.. saper kalah cuba lagi di lain masa... kan ke senang....


  2. Salam saudara,

    1 - Siapa yang tak paham disini dan siapa yang tak dapat terima hakikat yg sebenar disini?

    2 - Memang Sultan tak boleh memecat MB. Ko macam tak baca je mende panjang lebar kat atas? "Sultan Tak Nak Pakatan Pembangkang". Ingat, Sultan amat murka dengan Nizar serta Pakatan Rakyat dah banyak kali Pakatan Rakyat kene 'sound' semasa PR memerintah sehinggalah Nizar ditempelak masa persidangn ADUN 7 Mei lalu.

    3 - Orang yang banggang adalah orang yang tak boleh terima hakikat BN menang majoriti mudah dengan sokongan 3 ADUN Bebas. Ko ingat ko dipihak yang benar kalau, "Ikut apa yg ko tahu sorang jer laaaa...!" Nizar hanya menguntungkan kafir DAP.

    4 - Siapa bodek siapa sebenarnya ni? Tengok hangpalah 'kaki kipas' Sultan tuh. Haha!

    5 - SAUDARA DAH LUPA KE APA YANG BERLAKU DIDUNIA INTERNET YANG PENUH CACIAN KEATAS BAGINDA HASIL USAHA GIGIH ORANG2 PAKATAN SENDIRI!

    6 - Buat apa BN nak bubar? Terang lagi bersuluh PR yang sebenarnya cuak dengan perkembangan terkini di Perak. Sokongan orang melayu keatas Nizar kian terhakis kerana dah menyampah sangat dengan penderhaka2 ni.

    7 - Orang yang gila pangkat adalah mereka terhegeh2 dengan Sultan setelah Sultan TAK NAK dia, sanggup "MOHON DURHAKA". Dialah yang menunjukkan wajah riak dan takbur didepan wartawan. Dialah yang sangat sayangkan Camrynya. Dengan kekuasaan Allah Taala tak sampai 1 hari sahaja Nizar begelar MB. Nizar, si MB setengah hari. Haha.

    8 - Ya, Saya sokong bubarkan sahaja DUN sebagai penyelesaian terakhir. Yang menang atau kalah itu tak penting. Yang penting kembalikan kestabilan politik dan keamanan di Perak Darul Ridzuan.

    DAULAT TUANKU!
    DAULAT TUANKU!
    DAULAT TUANKU!


  3. Anonymous Says:

    banggang punya penulis blog ni...x faham lg tu...ni la fanatik umno..berapa dah dapat ampu ..ni...hehe sendiri mau ingat


  4. Anonymous Says:

    Anonymous July 15, 2009 9:14 PM

    Ko jauh lebih hina dari haiwan ternakkan... ptuih totok pakatan!