10 Tips kesihatan dan kecergasan cara KEVIN ZAHRI


Haha,saya berminat juga dalam menjaga kesihatan
badan jadi saya ingin berkongsi sedikit info yang saya
dapat dari blog Kevin Zahri dimana dapat juga saya
berkongsi pada anda yang tidak sempat untuk ke laman
beliau.so mari kita sama2 baca 10+1 tips dibawah yg
dikongsi bersama untuk kebaikan kita semua.

1.Anda berasa bahagia dengan diri anda. Anda berasa,
lebih gembira dan boleh fokus tentang aspek2 lain,
dalam kehidupan anda.

2.Perhubungan anda akan bertambah baik, manusia
suka berada dikalangan mereka yang Positif.sekiranya
anda bahagia,orang lain juga begitu.

3.Kecergasan memberikan anda keyakinan.Contohnya
Pergi mensyuarat mengetahui anda cergas dan sihat
memberikan kelebihan kepada diri anda.

4.Kepada ibu yang baru bersalin,menjaga kecergasan
dan kesihatan akan mengembalikan bentuk tubuh
badan anda.

5.Senaman yang berterusan biasanya mengurangkan
penyakit Kardiovaskular,beberapa jenis penyakit
kanser,tekanan darah tinggi,kencing manis,osteoporosis
dan juga penyakit murung.

6.Melegakan tekanan!bagi mereka yang bekerja kuat
sering menghadapi tekanan dan murung,bersenam
dan berpeluh juga boleh membantu melegakan tekanan
dan kemurungan yang dialami.

7.Mengurangkan risiko kecederaan, apabila tulang
dan otot anda kuat,risiko untuk mendapat kecederaan
adalah rendah.

8.Apabila anda sihat dan cergas, anda sentiasa ber
-keyakinan melenyapkan perasaan malu.

9.Tubuh yang sihat dan cergas juga mempengaruhi
keupayaan seks anda,anda akan kelihatan hebat
dan penuh dengan stamina. ;)

10.Kepada sesiapa yang menggunakan 2000 kalori
seminggu,jangka hayat anda akan meningkat 2 tahun

11.Anda kelihatan lebih muda,kerana senaman akan
mengurangkan kehilangan sistem antioksidan yang
melawan radikal bebas dalam tubuh kita. :)

jadi apa lagi anda tunggu,amalkan gaya hidup
yang lebih sihat,mungkin anda akan jadi individu
yang paling cergas dan sihat selepas membaca tips
yang berguna oleh Kevin Zahri.selamat mengamal..!
0 Responses