BERHENTI MEMAKAN SUSHI..EWWWW>>>

Ini adalah kisah benar mengenai seorang lelaki di Jepun dari daerah Gifu yang meradang mengadu mengenai kesakitan kepala yang dialami. Alkisahnya Mr Shota Fujiwara sangat menggemari memakan sjenis makanan diJepun yg dipanggil "SHASHMI"n"SUSHI" ini katanya bagi mengekalkan kesegaran dan juga khidupan yg lebih lama dengan memakan makanan yg tidak dimasak dan menjadi makanan keseleraan beliau.

atuk ini mengalami kesakitan kepala sejak 3 Tahun yg lalu,dimana dia sering mgalami migrain dan juga stress yang teruk apabila pulang dari kerja. akibat dari kesakitan yang dialami itu,tlah membuatkan dia hilang motor keupayaan skills dbhagian otak dia ,dimana selepas pemereiksaan x-ray keatasnya telah mebongkar segala2nya.....


selepas dibawa untuk pemeriksaan lanjut oleh doktor, doktor yang memeriksa mendapati ader sejenis benda bergerak dibawah bahagian kulit kepalanya,jadi dgn itu doktor telah menjalankan pembedahan kecil dibahagian kepala atuk ini,dan ape yg memeranjatkan,ada sejenis ulat sampah yg terkeluar dari kulit kepala atuk ini..tanpa berlengah lagi,doktor segera melakukan pembedahan lanjutan dan hasilnya mendedahkan seperti gambar dibawah...


lihatlah hasil pembedahan itu,sangat memeranjatkan..inilah realitinya,jadi anda perlu tahu bahawa cacing pita dan "Roundworm" dan telur mereka yang hidup juga didalam ikan tawar atau air masin hanya boleh dibunuh dibawah suhu panas 4 darjah celcius dan sejukbeku -0 darjah celcius. Dan bagi telur mereka,hanya dapat dibunuh jika dimasak atau disejukbeku hendaklah lebih dari seminggu dan baru la mereka mati..dashyat bukan.jadi selepas ini..BERHATI2LAH memakan sushi,atu lupakan saja niat anda :)

Seksaan Bagi Orang Yang Tak Mahu Solat (RENUNGAN BERSAMA)

RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa meninggalkan solat dengan sengaja, maka sesungguhnya dia kafir yang nyata.”
Berdasarkan hadis ini, sebahagian ulama berfatwa tidak wajib menyembahyangkan jenazah seseorang yang meninggal dan mengaku Islam, tetapi tidak pernah mengerjakan solat. Malah, ada yang mengatakan haram menyembahyangkan individu berkenaan.
Hrm,sangat menankutkan bukan,Seksaan dan azab bagi orang yang lalai serta meninggalkan solat seperti sabda Rasulullah SAW: “Siapa meringan dan melalaikan solat lima waktu yang difardukan ke atasnya, akan menerima seksaan atau azab Allah dengan 15 azab.”
Enam daripada seksaan itu diterima di dunia, tiga ketika hampir ajalnya, tiga ketika berada di dalam kubur dan tiga lagi ketika berjumpa Allah pada hari kiamat.
Sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, apakah seksaan ketika di dunia?”
Jawab Baginda:

l Hilang berkat umurnya (hidup percuma dengan kekosongan, jika hidupa mewah, kemewahan itu hanya istidraj belaka).
l Hilang keberkatan rezekinya (rezekinya terbuang sia-sia, walaupun kaya, tetapi kekayaan itu menjadi laknat ke atasnya).
l Dihilangkan Allah tanda salih pada mukanya.
l Tidak diakui masuk golongan Islam (zahirnya saja Islam tetapi batinnya munafik, malah dia termasuk golongan munafik).
l Segala amal baiknya (sedekah dan sebagainya) tidak diberi ganjaran.
l Doanya ditolak Allah.
Hadis riwayat Ibnu Abbas, katanya:Aku dengar Rasulullah SAW bersabda: “Bermula orang meninggalkan solat itu, bukanlah dia daripada golongan Islam. Allah tidak terima tauhid dan imannya dan tidak ada faedah sedekah, puasa dan syahadatnya.”
Kemudian bertanya lagi sahabat: “Ya Rasullullah SAW, apa pula seksaan yang akan diterimanya ketika hampir ajalnya?”
Jawab Baginda:
l Adalah matinya dalam kehinaan iaitu, rohnya dicabut dengan kasar dan tidak ada belas kasihan.
l Matinya juga dalam kelaparan, bukan kerana tiada makanan, tetapi nafsunya tiada lagi, perut lapar tetapi tidak dapat makan sesuatu kerana sakit ketika roh akan keluar.
l Matinya juga dalam kehausan, malah jika diberi minum air dari semua lautan di dunia ini tidaklah memberi apa-apa kesan pada dahaganya ketika sakaratul maut.
Sahabat bertanya lagi: “Ya Rasulullah SAW, apa pula seksaan di dalam kuburnya?”
Ada riwayat menyatakan, orang yang meninggalkan solat, akan Allah hantarkan kepadanya seekor ular besar bernama Suja’ul akra’, yang matanya daripada api, mempunyai tangan dan berkuku besi, dengan membawa alat pemukul dari besi berat.
Ia akan berkata, kepada si mati dengan suaranya bagai halilintar: “Aku disuruh oleh Allah memukul engkau sebab meninggalkan solat dari Subuh hingga Zuhur, kemudian dari Zuhur ke Asar, dari Asar ke Maghrib dan dari Maghrib ke Isyak hingga Subuh.”
Lalu Suja’ul akra’ terus memukul mayat orang yang meninggalkan solat dan setiap kali dipukul, mayat itu terbenam ke dalam bumi beberapa ratus hasta.
Kemudian dikeluarkan mayat itu dengan kuku besinya lantas ditanya lagi dan dipukul lagi hingga hari kiamat.
Sahabat bertanya lagi: “Ya Rasulullah SAW, bagaimanakah keadaan orang yang meninggalkan solat ketika di depan Allah?”
Jawab Baginda: “Ketika bertemu Allah pada hari kiamat kelak, datang malaikat menyeksanya dengan rantai panjang. Rantai itu diikat ke leher orang yang meninggalkan solat serta dimasukkan ke mulutnya dan dikeluarkan melalui duburnya. Kemudian rantai itu ditarik dan disentap.
“Malaikat yang menghelanya berteriak: Inilah balasan bagi orang meninggalkan solat yang difardukan. Kemudian orang itu ditarik serta dilemparkan ke neraka bernama Saqar.”
Kedua, ketika berjumpa Allah, orang yang tidak menunaikan solat tidak akan mendapat keampunan Allah.
Ketiga, ketika dibangunkan semula pada hari kebangkitan, Allah tidak menaruh rahmat dan belas kasihan kepadanya.
Firman Allah bermaksud; “Mereka yang mensia-siakan solat dan mengikuti hawa nafsu kepada kejahatan, maka tetaplah mereka jatuh ke dalam satu telaga api neraka.” (Surah Maryam, ayat 59).
bagi yg mcm tak percaya tu (mungkin ada yg kata mcm mana la.. dll) baik pikir banyak kali sbb aku ada dgr ustaz ckp nanti bila mati akan ada yg mintak dihantar balik ke bumi sbb nk buat amalan tapi time tu dh terlambat… jadi takkan kita nk termasuk dlm golongan tu kut :D
jadi bukan lah nak tunjukkan diri aku nie pun baik sangat, aku cuma berharap dapat
berkongsi maklumat bersama2 ngan korg..jadi ubah lah diri kita supaya kita lebih
mengerjakan ibadah kepadaNya.bak kata satu pepatah nie..
"SEMBAHYANGLAH SEBELUM ANDA DISEMBAHYANGKAN"
untuk rujukan kembali kepada yang terlupa padaNya....