Salam semua,
maaf sebab dh lama tidak mengupdate blog saya,
sebab my new home xde kemudahan internet jadi,
kuranglah nak mengonline nye,hehe jadi insyaAllah,
dalam waktu2 yang akan datang,lebih banyak entry,
yang akan saya cuba masuk kan. dan tima kasih pada,
anda yang x jemu2 mengunjungi blog saya.

Aslkm.

sekadar renungan bersama....


Hai,salam kembali
knape eh gambar diatas nie menunjukan angka 12,
dan apekah motif atau tujuan yang saya cuba sampaikan
sebenarnya baru terdapat satu info tentang agama yg
ingin cuba saya kongsikan bersama2 dengan pengunjung
dan juga pencipta blog,untuk renungan kita bersama.

Saya baru membelek2 info tersebut dan saya rasa
info ini mungkin kita boleh buat renungan bersama.
dan info tersebut bertajuk "12 barisan yg menuju ke Akhirat"
dan senarai ini akan saya serta kan seperti dibawah.

BARISAN PERTAMA.
Diiringi dari kubur tidak berTANGAN juga KAKI,keadaan
ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T.
dan barisan ini adalah"Mereka yang menyakiti hati jiran
sewaktu hidup mereka,mereka yang sombong serta tidak
berbuat baik pada jiran tertangga akan mendapat khinaan
didunia mahupun akhirat.

BARISAN KEDUA
Diiringi dari kubur dalam BENTUK BABI HUTAN,datang
seruan Allah,"Mereka orang2 yang meringankan solat
sewaktu hidup,sesungguhnya orang yang memelihara
solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya
mereka yg mengabaikan waktu dia mati,mayatnya akan
dihimpit oleh liang lahad sehingga berselisih tulang rusuk"
Rasulullah s.a.w bersabda"sesungguhnya seseorg hamba
apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua
dosanya diatas kepala&kedua2 bahunya,maka setiap kali
dia rukuk atau sujud,berjatuhanlah dosa-dosa itu.

BARISAN KETIGA
Diiringi dari kubur dengan bentuk KELDAI&PERUT PENUH
ULAR DAN KALA JENGKING,"mereka adalah orang yang
enggan membayar zakat ketika hidupnya,walaupun pada
ketika itu mereka tergolong dalam orang yang berkemampuan
Inilah balasannya& tempat kembali adalah neraka.

BARISAN KEEMPAT
Diiringi dengan keadaan DARAH MEMANCUT KELUAR DARI
MULUT."mereka adalah golongan orang yang suka berdusta
ketika berjual beli,berniagalah dengan jujur dan amanah agar
hasil yang diperoleh datang dari sumber yg Halal.

BARISAN KELIMA
Diiringi dari kubur dalam keadaan BERBAU BUSUK SEPERTI
BANGKAI,ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau
busuk itu menganggu kententeraman padang mahsyar..,"
mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan
derhaka,takut kepada manusia tetapi tidak pula takut kpda
Allah S.W.T,inilah balasan nya dan tmpat juga adalah neraka.

BARISAN KEENAM
Diiringi dari kubur dengan keadaan KEPALA TERPUTUS DARI
BADAN,mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

BARISAN KETUJUH
Diiringi dari kubur tanpa LIDAH tetapi mengalir DARAH&NANAH
dari mulut mereka,Mereka ini adalah orang yang enggan memberi
kesaksian kebenaran.

BARISAN KELAPAN
Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik,KEPALA KEBAWAH
dan KAKI DIATAS,mereka ini adalah orang yg melakukan zina,
tempat mereka juga adalah di Neraka.Sabda Rasulullah,
"tiada bersunyi2an antara lelaki&wanita, melainkan wujudnya
syaitan antara orang ketiga diantara mereka.

BARISAN KESEMBILAN
Diiringi dari kubur dalam keadaan TUBUH BERPENYAKIT SOPAK
dan DIPENUHI KUSTA,mereka ini adalah golongan yang derhaka
kepada IBU BAPA sewaktu hidupnya.

BARISAN KESEPULUH
Diiringi dari kubur dengan BERWAJAH HITAM&BERMATA BIRU
sementara dalam diri mereka dipenuhi dengan API GEMURUH
mereka adalah golongan yang memakan harta anak yatim dgn
cara yang tidak sepatutnya.

BARISAN KESEBELAS
Diiringi dari kubur dalam keadaan BUTA,GIGI PANJANG SEPERTI
TANDUK LEMBU JANTAN,BIBIR TERJUIH hingga KE DADA&LIDAH
TERJULUR hingga KE PERUT serta keluar segala kotoran yang
menjijikan,mereka ini adalah golongan orang yang meminum
arak semasa hidupnya.

BARISAN KEDUA BELAS
Diiringi dari kubur dengan WAJAH BERSINAR2 seperti BULAN
PURNAMA,mereka melalui titian siratulmustaqim seperti kilat
datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa
hidupnya adalah orang yang beramal soleh&melakukan kebaikan
mereka juga menjauhi perbuatan durhaka,memelihara solat 5waktu
&meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat. Inilah balasan
mereka & tempat kembali mereka adalah syurga,beroleh keampunan
kasih sayang,dan keredhaan Allah S.W.T."

jadi sama2lah renungkan kembali walaupun kita sudah
mengetahuinya,kadangkala kita lupa tentang perkara2 sebegini
dan info yang saya catat kembali adalah untuk ingatan semula
dan juga renungan bersama,salam pada anda semua.

kebosanan melanda..

Salam semua,
adoi,ari nie memg betul2 tak tahu nak update apepn
hurm,ccoz tngah tercari2,bahan yg hendak diisi dlm
blog saya kali nie,hurm bosan2 btul ari nie,nak mlayan
karenah kucing saya lagi yang terkinja2 nie ha..
nakal betul si Bony nie,kalo ikutkan hati nak jer campak
die dari atas keBawah tapi sebab comel,kesian pulak ;)
lagipun waktu nie keadaan kat luar tengah hujan sangat
lebat,jadi kesejukan yang teramat sangat pun ader huhu,

Lepas tue tahu2 jelah kan,kalo dh hujan nie memg
rase cam nak tido pun ader,adoi,memang bosan ok
hurm,esok ader taklimat untuk cuba hidup baru
xtahu lah kan,tengok lah cam ne nak terima atau
tak..lagipun kerjaya tue perlu usaha yang sangat keras
kalo tak tabah,hurm..ntahla tak tahu nak cakap.
mungkin kejap2 lagi kot akan tercetus idea yang
pasti boleh dikongsi bersama2 dengan pengunjung2
yang sangat dihormati.jadi perisian saya nie xde
benda pun,cuma rase macam nak cakap sorang2.
apapepun,salam pada anda semua.

10 Tips kesihatan dan kecergasan cara KEVIN ZAHRI


Haha,saya berminat juga dalam menjaga kesihatan
badan jadi saya ingin berkongsi sedikit info yang saya
dapat dari blog Kevin Zahri dimana dapat juga saya
berkongsi pada anda yang tidak sempat untuk ke laman
beliau.so mari kita sama2 baca 10+1 tips dibawah yg
dikongsi bersama untuk kebaikan kita semua.

1.Anda berasa bahagia dengan diri anda. Anda berasa,
lebih gembira dan boleh fokus tentang aspek2 lain,
dalam kehidupan anda.

2.Perhubungan anda akan bertambah baik, manusia
suka berada dikalangan mereka yang Positif.sekiranya
anda bahagia,orang lain juga begitu.

3.Kecergasan memberikan anda keyakinan.Contohnya
Pergi mensyuarat mengetahui anda cergas dan sihat
memberikan kelebihan kepada diri anda.

4.Kepada ibu yang baru bersalin,menjaga kecergasan
dan kesihatan akan mengembalikan bentuk tubuh
badan anda.

5.Senaman yang berterusan biasanya mengurangkan
penyakit Kardiovaskular,beberapa jenis penyakit
kanser,tekanan darah tinggi,kencing manis,osteoporosis
dan juga penyakit murung.

6.Melegakan tekanan!bagi mereka yang bekerja kuat
sering menghadapi tekanan dan murung,bersenam
dan berpeluh juga boleh membantu melegakan tekanan
dan kemurungan yang dialami.

7.Mengurangkan risiko kecederaan, apabila tulang
dan otot anda kuat,risiko untuk mendapat kecederaan
adalah rendah.

8.Apabila anda sihat dan cergas, anda sentiasa ber
-keyakinan melenyapkan perasaan malu.

9.Tubuh yang sihat dan cergas juga mempengaruhi
keupayaan seks anda,anda akan kelihatan hebat
dan penuh dengan stamina. ;)

10.Kepada sesiapa yang menggunakan 2000 kalori
seminggu,jangka hayat anda akan meningkat 2 tahun

11.Anda kelihatan lebih muda,kerana senaman akan
mengurangkan kehilangan sistem antioksidan yang
melawan radikal bebas dalam tubuh kita. :)

jadi apa lagi anda tunggu,amalkan gaya hidup
yang lebih sihat,mungkin anda akan jadi individu
yang paling cergas dan sihat selepas membaca tips
yang berguna oleh Kevin Zahri.selamat mengamal..!

Moga YASMIN AHMAD selamat.


Salam semua,
kita dikejutkan dengan khabar bahawa seorang
pengarah berkaliber tanah air iaitu YASMIN AHMAD
telah dimasukan ke ICU akibat dari sereangan angin
ahmar atau "STROK",menurut berita jam 8mlm pada
25hb julai,sabtu beliau dikatakan dalam keadaan smakin
kritikal.dan kini bergantung sepenuhnya pada bantuan
alat pernafasan..jadi sama2 kita doakan beliau,moga beliau
cepat sembuh,insyaAllah...

p/s
Baru lewat malam sedikit saya menonton berita bahawa
Yasmin Ahmad baru sahaja menghembuskan nafas terakhir,
sedih lepas nie xdapat tngok filem2 die yang menarik.
apapepun sama2 kia sedekah Al-Fatiha kepada beliau,
moga roh beliau dicucuri rahmat..amin.

Tips Berdepan dengan org PANAS BARAN



Salam semua,
hurm nie tips untuk bdepan dengan orang yg
Panas Baran,macam2 orang kita jumpa tapi
kita tak sure untuk mengetahui yang mane kwn2
kita yang panas baran nie jadi kat sini ade tips
untuk berdepan dengan insan2 yang panas baran
nie....

1.MENDIAMKAN DIRI
Lebih baik mendiamkan diri ketika si DIA sedang marah
Tidak perlulah menjawab atau cuba menjelaskan sesuatu
Orang yang tengah marah biasanya jarang mahu mndngar
apa yang ingin cuba kita katakan.

2.KENAL PASTI PUNCA
Sebaiknya apabila si DIA marah kenal pasti punca-punca
Yang menimbulkan kemarahannya. Kamu seharusnya tahu
apa yang si DIA paling tidak suka dan apa yang akan buatkan
dia meradang. kemudian dimasa2 akan datang elakkan dari
melakukan kesilapan yang tidak disukainya.

3.MENEGUR DENGAN LEMBUT
Jika hendak menegur perlakuannya yang tidak kamu senangi
gunakan car yang lembut dan penuh hikmah agar kemarahannya
tidak berpanjangan. Jika kamu bijak gunakan "REVERSE PSCHYOLOGY"

4.TIDAK PERLU DILAYAN
Sebaiknya jangan dilayan sangat kemarahan nya. Maksudnya
jangan melawan dan jangan juga cuba memujuk. Endahkan
sahaja apa yang dikatakannya kerana jika tidak si Dia pasti
tidak akan berhenti memarahi kamu. Kesan nya kamu juga
kamu juga yang sakit hati nanti.





Elak Ketegangan Otot..

Salam semua,
huhu,lama benar x menupdate blog neh.hurm,
ari nie nak berkongsi mngenai satu Fakta yang
baru jer saya rujuk,hurm mngenai cara mgelakkan
ketegangan otot,hurm melalui info berkenaan yg
saya baca mualai hari nie anda semua kena jadikan
Pisang adalah makanan buah2an kegemaran anda.

Sebab nya melalui kajian yang dijalankan diluar
negara,kandungan kalium yang sangat tinggi didlm
pisang boleh membantu mengurangkan risiko seseorng
itu diserang kekejangan otot secara tetiba.
jadi,amalkan makan pisang selalu..! ;)