sekadar renungan bersama....


Hai,salam kembali
knape eh gambar diatas nie menunjukan angka 12,
dan apekah motif atau tujuan yang saya cuba sampaikan
sebenarnya baru terdapat satu info tentang agama yg
ingin cuba saya kongsikan bersama2 dengan pengunjung
dan juga pencipta blog,untuk renungan kita bersama.

Saya baru membelek2 info tersebut dan saya rasa
info ini mungkin kita boleh buat renungan bersama.
dan info tersebut bertajuk "12 barisan yg menuju ke Akhirat"
dan senarai ini akan saya serta kan seperti dibawah.

BARISAN PERTAMA.
Diiringi dari kubur tidak berTANGAN juga KAKI,keadaan
ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T.
dan barisan ini adalah"Mereka yang menyakiti hati jiran
sewaktu hidup mereka,mereka yang sombong serta tidak
berbuat baik pada jiran tertangga akan mendapat khinaan
didunia mahupun akhirat.

BARISAN KEDUA
Diiringi dari kubur dalam BENTUK BABI HUTAN,datang
seruan Allah,"Mereka orang2 yang meringankan solat
sewaktu hidup,sesungguhnya orang yang memelihara
solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya
mereka yg mengabaikan waktu dia mati,mayatnya akan
dihimpit oleh liang lahad sehingga berselisih tulang rusuk"
Rasulullah s.a.w bersabda"sesungguhnya seseorg hamba
apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua
dosanya diatas kepala&kedua2 bahunya,maka setiap kali
dia rukuk atau sujud,berjatuhanlah dosa-dosa itu.

BARISAN KETIGA
Diiringi dari kubur dengan bentuk KELDAI&PERUT PENUH
ULAR DAN KALA JENGKING,"mereka adalah orang yang
enggan membayar zakat ketika hidupnya,walaupun pada
ketika itu mereka tergolong dalam orang yang berkemampuan
Inilah balasannya& tempat kembali adalah neraka.

BARISAN KEEMPAT
Diiringi dengan keadaan DARAH MEMANCUT KELUAR DARI
MULUT."mereka adalah golongan orang yang suka berdusta
ketika berjual beli,berniagalah dengan jujur dan amanah agar
hasil yang diperoleh datang dari sumber yg Halal.

BARISAN KELIMA
Diiringi dari kubur dalam keadaan BERBAU BUSUK SEPERTI
BANGKAI,ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau
busuk itu menganggu kententeraman padang mahsyar..,"
mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan
derhaka,takut kepada manusia tetapi tidak pula takut kpda
Allah S.W.T,inilah balasan nya dan tmpat juga adalah neraka.

BARISAN KEENAM
Diiringi dari kubur dengan keadaan KEPALA TERPUTUS DARI
BADAN,mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

BARISAN KETUJUH
Diiringi dari kubur tanpa LIDAH tetapi mengalir DARAH&NANAH
dari mulut mereka,Mereka ini adalah orang yang enggan memberi
kesaksian kebenaran.

BARISAN KELAPAN
Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik,KEPALA KEBAWAH
dan KAKI DIATAS,mereka ini adalah orang yg melakukan zina,
tempat mereka juga adalah di Neraka.Sabda Rasulullah,
"tiada bersunyi2an antara lelaki&wanita, melainkan wujudnya
syaitan antara orang ketiga diantara mereka.

BARISAN KESEMBILAN
Diiringi dari kubur dalam keadaan TUBUH BERPENYAKIT SOPAK
dan DIPENUHI KUSTA,mereka ini adalah golongan yang derhaka
kepada IBU BAPA sewaktu hidupnya.

BARISAN KESEPULUH
Diiringi dari kubur dengan BERWAJAH HITAM&BERMATA BIRU
sementara dalam diri mereka dipenuhi dengan API GEMURUH
mereka adalah golongan yang memakan harta anak yatim dgn
cara yang tidak sepatutnya.

BARISAN KESEBELAS
Diiringi dari kubur dalam keadaan BUTA,GIGI PANJANG SEPERTI
TANDUK LEMBU JANTAN,BIBIR TERJUIH hingga KE DADA&LIDAH
TERJULUR hingga KE PERUT serta keluar segala kotoran yang
menjijikan,mereka ini adalah golongan orang yang meminum
arak semasa hidupnya.

BARISAN KEDUA BELAS
Diiringi dari kubur dengan WAJAH BERSINAR2 seperti BULAN
PURNAMA,mereka melalui titian siratulmustaqim seperti kilat
datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa
hidupnya adalah orang yang beramal soleh&melakukan kebaikan
mereka juga menjauhi perbuatan durhaka,memelihara solat 5waktu
&meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat. Inilah balasan
mereka & tempat kembali mereka adalah syurga,beroleh keampunan
kasih sayang,dan keredhaan Allah S.W.T."

jadi sama2lah renungkan kembali walaupun kita sudah
mengetahuinya,kadangkala kita lupa tentang perkara2 sebegini
dan info yang saya catat kembali adalah untuk ingatan semula
dan juga renungan bersama,salam pada anda semua.

1 Response
  1. si laut mati Says:

    meamng mengingatkan aku kembalu ke jalan yang lurus. Sesungguhnya ingat mengingati itu memberi manfaat kepada orang yang beriman........


    Buang la verification kod masa nak anta komen.leceh la nak tulis verifction kod neh....