PASUKAN TRANSFORMER MADE IN MALAYSIA

Hehe,update mase ini adalah,pasukan Transformer
Malaysia..Walaupun US famous dgn buatan filem
robot nyer,xkurang juga MAlaysia,huhu,Malaysia
pun ade pasukan die sendiri,haha,rasenyer kalo
Malaysia cipta Filem Transformer,inilah model2
kereta yang akan diguna pakai untuk Filem bkenaan.
saksikan..lalala


hurm,nie ketua PERDANA V6


Yang ini Proton WAJA.


Yang nie SAVVY.uish..


Yang nie pulak KANCIL..


Yang nie pulak MYVi..huhu
akhir skali...


Van Kotak yg Ramai rakyat malaysia kurang
berkenan,iaitu van JUARA,hurm..cuba korg
renungkan seburuk2 van tue,kalo jadi robot,
rasenyer laku jer kan,haha,sure korg beli kan.
apapepun nie semua hanya selingan..salam..

Ketua Pembela Tertuduh Tarik diri..?



salam semua,

berita terkini yang saya sempat ikuti adalah ketua pembela
tertuduh(ANWAR)menarik diri dari perbicaraan anwar,
hurm,menurut sumber petikan Utusan Malaysia Anwar Ibrahim
dikatakan memohon dokumen berkaitan kes liwat pembantunya
pada pukul 2.00petang ini.

Hakim Datuk Mohammad Zabidin Mohd. Diah menetapkan sedemikian semasa menemui pihak pembelaan dan pendakwaan di kamar beliau pagi ini. Hakim tersebut juga telah dimaklumkan bahawa peguam Sulaiman Abdullah menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

anwar sebelum itu memberitahu wartawan bahawa Sulaiman
telah menasihatkan beliau untuk melantik peguam lain buat
sementara waktu,Sulaiman memaklumkan kepada beliau
petang semalam bahawa dia tidak dapat meneruskan pembelaan
buat sementara waktu akibat dari mslh ksihatan yg dihadapinya.

Spekulasi saya,adkh peguam anwar ini ingin menarik diri dalam diam mungkin kerana tahu bahawa kes ini tidak akan dapat menang
jadi untuk mgelakkan diri,die meminta anwar untk mencari pengganti bg dirinya,kalo benar beliau sakit,saya harap die cepat sembuh
jika sebaliknya saya pasti kebenaran pasti berpihak kepada Saiful.Berbagai2 spekulasi yg cuba ditimbulkan disini,dan petikan blog
En.Saiful menanyakan "Siapa diantar peguam yg akan dilantik
menggantikan peguam bela Sulaiman,adkh diantara 8 pguam
yg membela tertuduh skrg?"

saya pun kurang pasti,jadi sama2 kita nantikan jawapannya,
saya percaya yang benar itu pasti diangkat,dan yg Batil
pasti menemui jalan buntu.InsyAllah.
sama2 nantikan keputusan.
banyakkan bersabar En.saiful,pasti ianya berpihak kepada kamu.


berakhirnya pilihanrya MANEK URAI


Salamualaikum,

setelah beberapa hari menanti keptusan pilihanraya
di Manek urai,kini sudah dapat diketahui umum bhw
kemenangan berpihak kepada calon PAS,iaitu Mohd
Fauzi Abdullah juga seorg pemborong ikan,yg masih
mempertahankan kedudukannya secara rasmi dgn
majoriti tipis sebanyak 65 undi...

dan bagi pendapat saya..walaupun kemenangan berpihak
kepada calon PAS,saya percaya bahawa BN telah menunjukan
peningkatan dalam usaha untuk memenangi hati rakyat
disana dgn peningkatan undi sebnyak 889 undi
wlpun tewas,bg saya BN adalah pemenang
kerana dgn pningkatan undi yang ditunjukan saya masih
percaya bahawa BN masih lagi berpeluang
cerah untk memenagi hati rakyat disana pd masa akan datang.

wlaupun begitu,sekalung TAHNIAH di berikan kepada
semua barisan pemimpin UMNO kerana berkerja keras untuk
memulihkan imej UMNO yg tercalar selepas PRu12 dapat dipulihkan
dan tidak lupa kepada Abe Uji,TAHNIAH keran dipilih
dan diletakkan kepercayaan oleh pgundi diManek Urai..
truskan perjuangan dan buktikan kepada pgundi kamu.
waktu untuk bekerja..

NEW PERODUA D46T LAUNCH SEPT 2009


hai semua,
belek punya belek web,xtahu ape nak diupdatekan..terjumpa
pelancaran model terbaru yang akan dikeluarkan oleh PERODUA
pada penghujung tahun 2009 nie(mungkin on september)hurm sangat compact dan menarik
kali ini perodua bkerja sama dgn toyota dn daihatsu untk
menghasilkan rekaan bentuk MPV ini.dan inilah hasilnya..!

dan ini adalah bahagian dalam kereta tersebut dimana mari kita lihat
2 lagi snap yg dapat dibezakan dgn model kereta keluaran jepun iaitu toyota
dan kita lihat perbezaan dia..

Rekaan dash yang sangat menarik,dimana ianya direka dalm dua
warna iaitu gelap diatas dn warna Beige dibhagian bawah,juga
difdatangkan sistem pgawalan audio dibahagian steering roda
dan tidak nampak sistem handbreak dibahagian tengah,kemungkinan
ianya diguna dibahagian kaki..hehe.

Dan ini bahagian sistem panel yg xdpt nak dijelaskan...tapi ianya
sangat moden,lebih kurg seperti TOYOTA vios..
tapi boleh nampk sedikit perbezaan...

ini kemungkinan ruang tempat dudk yang akan direka didalm model
terbaru perodua yang akan dilancarkan.


saksikan kemunculan kereta ini hasil usaha sama toyota,daihatsu dan perodua.

lawatan ke ZOO negara..hoyeah..



hai,salam semua..hari nie aku tetiba rase cm nak update blog,
sebenarnya bnda nie diupdatekan pada tarikh yg sepatutnya,
tapi dh terlambt n xberkesempatan apapepun xpela aslkn
ade benda yang dapat aku kongsi ngn korg semua.pd beberapa hari lepas
aku ngn pian bhajat untk melwat tempat yg dh lama kami x lawat
sejak dari bngku skolah,haha,alang2 xde xtvt nak buat kami pun
amik keputusan untuk melawat ZOO negara.
dh lama jugalah xmelawat tempat gini,so kami penuhi xtvt pada
hari itu dengan xtvt yg serba santai..

cuba mempromosikan giraffe yg ader..nie beberapa babak yg
sempat kami snap so kami enjoy dis day n thanks to pian atas kesudian dia
melaburkan wang nya untuk aku..hehe..tima kasih.
dan di bawah ader beberapa pic yg smpat kmi snap2...

posing untuk promote ais krim...

si pian dan si tupai...


mgenai gambar ORANG UTAN nie..hurm nak cter pun cm ksian
sebnar nya org utan nie makan kopok aku pn punya lah baik hati
panggil die amik aiskrim trun dari ats tmpt die bersantai,ingtkn
org utan nie pemalu,rupa2nya snggup jugak die trun untk amik
aiskrim aku nie ha..aduh..malangnyer,xsmpi nk bg..
jadi xdapet den nak nolong..but die comel..kan.?

argh,nie snap time dh nak balik..apapepun we got a lot fun here,
sebenarnyer ade bnyk gmbr lagi tapi xsempat nak di send pian,
gmbr2 yg aku letak nie bnyk mempromosikan kami haha..
bukan haiwan2 dalam zoo..hehe,apapepun happy jer.

BERHENTI MEMAKAN SUSHI..EWWWW>>>

Ini adalah kisah benar mengenai seorang lelaki di Jepun dari daerah Gifu yang meradang mengadu mengenai kesakitan kepala yang dialami. Alkisahnya Mr Shota Fujiwara sangat menggemari memakan sjenis makanan diJepun yg dipanggil "SHASHMI"n"SUSHI" ini katanya bagi mengekalkan kesegaran dan juga khidupan yg lebih lama dengan memakan makanan yg tidak dimasak dan menjadi makanan keseleraan beliau.

atuk ini mengalami kesakitan kepala sejak 3 Tahun yg lalu,dimana dia sering mgalami migrain dan juga stress yang teruk apabila pulang dari kerja. akibat dari kesakitan yang dialami itu,tlah membuatkan dia hilang motor keupayaan skills dbhagian otak dia ,dimana selepas pemereiksaan x-ray keatasnya telah mebongkar segala2nya.....


selepas dibawa untuk pemeriksaan lanjut oleh doktor, doktor yang memeriksa mendapati ader sejenis benda bergerak dibawah bahagian kulit kepalanya,jadi dgn itu doktor telah menjalankan pembedahan kecil dibahagian kepala atuk ini,dan ape yg memeranjatkan,ada sejenis ulat sampah yg terkeluar dari kulit kepala atuk ini..tanpa berlengah lagi,doktor segera melakukan pembedahan lanjutan dan hasilnya mendedahkan seperti gambar dibawah...


lihatlah hasil pembedahan itu,sangat memeranjatkan..inilah realitinya,jadi anda perlu tahu bahawa cacing pita dan "Roundworm" dan telur mereka yang hidup juga didalam ikan tawar atau air masin hanya boleh dibunuh dibawah suhu panas 4 darjah celcius dan sejukbeku -0 darjah celcius. Dan bagi telur mereka,hanya dapat dibunuh jika dimasak atau disejukbeku hendaklah lebih dari seminggu dan baru la mereka mati..dashyat bukan.jadi selepas ini..BERHATI2LAH memakan sushi,atu lupakan saja niat anda :)

Seksaan Bagi Orang Yang Tak Mahu Solat (RENUNGAN BERSAMA)

RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa meninggalkan solat dengan sengaja, maka sesungguhnya dia kafir yang nyata.”
Berdasarkan hadis ini, sebahagian ulama berfatwa tidak wajib menyembahyangkan jenazah seseorang yang meninggal dan mengaku Islam, tetapi tidak pernah mengerjakan solat. Malah, ada yang mengatakan haram menyembahyangkan individu berkenaan.
Hrm,sangat menankutkan bukan,Seksaan dan azab bagi orang yang lalai serta meninggalkan solat seperti sabda Rasulullah SAW: “Siapa meringan dan melalaikan solat lima waktu yang difardukan ke atasnya, akan menerima seksaan atau azab Allah dengan 15 azab.”
Enam daripada seksaan itu diterima di dunia, tiga ketika hampir ajalnya, tiga ketika berada di dalam kubur dan tiga lagi ketika berjumpa Allah pada hari kiamat.
Sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, apakah seksaan ketika di dunia?”
Jawab Baginda:

l Hilang berkat umurnya (hidup percuma dengan kekosongan, jika hidupa mewah, kemewahan itu hanya istidraj belaka).
l Hilang keberkatan rezekinya (rezekinya terbuang sia-sia, walaupun kaya, tetapi kekayaan itu menjadi laknat ke atasnya).
l Dihilangkan Allah tanda salih pada mukanya.
l Tidak diakui masuk golongan Islam (zahirnya saja Islam tetapi batinnya munafik, malah dia termasuk golongan munafik).
l Segala amal baiknya (sedekah dan sebagainya) tidak diberi ganjaran.
l Doanya ditolak Allah.
Hadis riwayat Ibnu Abbas, katanya:Aku dengar Rasulullah SAW bersabda: “Bermula orang meninggalkan solat itu, bukanlah dia daripada golongan Islam. Allah tidak terima tauhid dan imannya dan tidak ada faedah sedekah, puasa dan syahadatnya.”
Kemudian bertanya lagi sahabat: “Ya Rasullullah SAW, apa pula seksaan yang akan diterimanya ketika hampir ajalnya?”
Jawab Baginda:
l Adalah matinya dalam kehinaan iaitu, rohnya dicabut dengan kasar dan tidak ada belas kasihan.
l Matinya juga dalam kelaparan, bukan kerana tiada makanan, tetapi nafsunya tiada lagi, perut lapar tetapi tidak dapat makan sesuatu kerana sakit ketika roh akan keluar.
l Matinya juga dalam kehausan, malah jika diberi minum air dari semua lautan di dunia ini tidaklah memberi apa-apa kesan pada dahaganya ketika sakaratul maut.
Sahabat bertanya lagi: “Ya Rasulullah SAW, apa pula seksaan di dalam kuburnya?”
Ada riwayat menyatakan, orang yang meninggalkan solat, akan Allah hantarkan kepadanya seekor ular besar bernama Suja’ul akra’, yang matanya daripada api, mempunyai tangan dan berkuku besi, dengan membawa alat pemukul dari besi berat.
Ia akan berkata, kepada si mati dengan suaranya bagai halilintar: “Aku disuruh oleh Allah memukul engkau sebab meninggalkan solat dari Subuh hingga Zuhur, kemudian dari Zuhur ke Asar, dari Asar ke Maghrib dan dari Maghrib ke Isyak hingga Subuh.”
Lalu Suja’ul akra’ terus memukul mayat orang yang meninggalkan solat dan setiap kali dipukul, mayat itu terbenam ke dalam bumi beberapa ratus hasta.
Kemudian dikeluarkan mayat itu dengan kuku besinya lantas ditanya lagi dan dipukul lagi hingga hari kiamat.
Sahabat bertanya lagi: “Ya Rasulullah SAW, bagaimanakah keadaan orang yang meninggalkan solat ketika di depan Allah?”
Jawab Baginda: “Ketika bertemu Allah pada hari kiamat kelak, datang malaikat menyeksanya dengan rantai panjang. Rantai itu diikat ke leher orang yang meninggalkan solat serta dimasukkan ke mulutnya dan dikeluarkan melalui duburnya. Kemudian rantai itu ditarik dan disentap.
“Malaikat yang menghelanya berteriak: Inilah balasan bagi orang meninggalkan solat yang difardukan. Kemudian orang itu ditarik serta dilemparkan ke neraka bernama Saqar.”
Kedua, ketika berjumpa Allah, orang yang tidak menunaikan solat tidak akan mendapat keampunan Allah.
Ketiga, ketika dibangunkan semula pada hari kebangkitan, Allah tidak menaruh rahmat dan belas kasihan kepadanya.
Firman Allah bermaksud; “Mereka yang mensia-siakan solat dan mengikuti hawa nafsu kepada kejahatan, maka tetaplah mereka jatuh ke dalam satu telaga api neraka.” (Surah Maryam, ayat 59).
bagi yg mcm tak percaya tu (mungkin ada yg kata mcm mana la.. dll) baik pikir banyak kali sbb aku ada dgr ustaz ckp nanti bila mati akan ada yg mintak dihantar balik ke bumi sbb nk buat amalan tapi time tu dh terlambat… jadi takkan kita nk termasuk dlm golongan tu kut :D
jadi bukan lah nak tunjukkan diri aku nie pun baik sangat, aku cuma berharap dapat
berkongsi maklumat bersama2 ngan korg..jadi ubah lah diri kita supaya kita lebih
mengerjakan ibadah kepadaNya.bak kata satu pepatah nie..
"SEMBAHYANGLAH SEBELUM ANDA DISEMBAHYANGKAN"
untuk rujukan kembali kepada yang terlupa padaNya....